Saturday, December 10, 2011

JERUK CILI besar...



nie jeruk cili yg sangat best..aku biasa buat pakai lada kecik lagi sedap sebab pedas masih terasa tapi kali ie aku guna cili besar tu...kalau lada besar nie kurang pedas dan masih lagi sedap untuk dimakan dengan mee goreng...meggi goreng...atau wat cicah isi kicap makan ngan nasik ulam jantung pisang atau timun...dapppnyerrr

nak buat nie senang jek...tapi kalau guna cili kecik arwah atok aku dulu buat dia musti celurkan kejap cili tu didalam air panas..jangan lama-lama sampai lembik plak cukup sekadar celur dalam 2-3 minit pas tu tos hingga kering baru masukkan cuka + garam dan gula..

BAHAN-BAHAN:

Cili besar dipotong serong
1 sudu makan garam
3 sudu makan gula
cuka secukupnya

CARA:
  1. basuh dan toskan cili sehingga betul-betul kering
  2. masukkan dalam botol kaca yg bersih
  3. letak garam dan gula
  4. curahkan cuka sehingga paras lada tersebut..xperlu banyak sangat
  5. sedia untuk dimakan selepas semalaman

No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi