Saturday, December 10, 2011

NASI GORENG hangat...

Kadang-kadang jemu jugak kan makan nasi berlauk nie..dan kadang-kadang terasa jugak malas nak masak...perut asyik lapar jek...mulut yg kat umah nie nak kena suap jugak so nak xnak terpaksalah jugak masak pepe yg boley di makan...

biasanya kalau malas aku buat nasik goreng jek...nasi goreng aku plak memang betul-betul sempoi la...

nie aje la bahan-bahan yang aku guna..cili tu nampak aje banyak sebabnya cili nie xpedas sangat pon so kena la isi banyak sket..t xberasa plak pedasnya kan...xsedap

tumbuk aje sume bersekali dengan garam...
nie la hasilnya...yg warna hijau tu aku isi sayur dan tomato supaya nampak berseri...

BAHAN-BAHAN:

2 Biji bawang merah
2 las bawang putih
cili padi secukupnya
1/2 genggam ikan bilis
garam + perasa ikut suka
sayur apa-apa ikut suka
buah limau untuk perahan..xnak xpe
** kalau suka boley tambah belacan( lagi sedap)...

CARA:
  1. tumbuk sume bahan kecuali limau sampai separuh hancur
  2. tumis hingga garing
  3. maskkan nasik + sayur
  4. goreng sampai sebati dan akhir sekali masukkan perahan limau
  5. sedia untuk di makan...

No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi