Saturday, December 10, 2011

ROTI TELUR istimewa...

Selalu jugak la aku buat roti telur nie sebab aku memang suka sangat...tapii hubby aku xberapa suka so kalau buat aku ngan si kecik tu je la yg makan roti nie...aku suka pelbagaikan roti nie..kadang-kadang aku letak bawang hiris di tambah serbuk lada hitam..kadang-kadang aku letak daun sup juga..memang sedaplah...

tapi untuk kali nie istimewa sket sebab aku just letak parmesan cheese yang di parut didalamnyer...memang sungguh mewah mau bertambah-tambah 'sihat' aku pas nie...xper sekali sekala bukan selalu..kalau selalu makan macm nie alamak berpenyakit la aku ...



BAHAN-BAHAN:
4 keping roti putih biasa
2 biji telur dipukul
garam
parmesan cheese diparut
mentega untuk menggoreng roti

CARA:
panaskan mentega
celup roti dalam telur then goreng hingga perang
boleh dipotong 2 atau digulung
sedap di makan panas-panas..

No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi