Monday, January 30, 2012

TIMUN GORENG mudah...

menu nie adalah menu orang yg dah xde menda nak masak..hehehe actually xde stok sayur kt umah..yg ada timun je..nak makan nasik nak kena ada kuah sket so jadilah sayur timun nie ha...hubby aku xsuka tapi aku masak jugak..aku makan la tapi xdelah banyak kan.....

simple je resepi nie dan sebenarnya sedap...kalau buat sayur nie lawan dia ialah ikan goreng je tambah la dengan sambal limau ke sambal belacan ke...ikan masin sket cukup la...sayur nie pon sesuai untuk budak2 sebab xpedas pon..aku letak juga la cili padi ketuk 2 biji sebab aku nak pedas...xisi pon xpe so jadi la kuah macam kuah sup sayur tu...

sebenarnya sayur timun nie aku penah makan kat umah sepupu aku...sebelom nie penah jumpa juga org masak timun nie buat sayur tapi biasanya letak dalam masak gulai tempoyak je..hehehe pepun memang lain sket la dari menu kita biasa tu kan....rasanya tak semua org suka tapi why not kita try nak plak time dah buntu memikirkan nak masak apa...cuma tu la resepi nie old sytle sket...org muda xminat kot... :)


BAHAN-BAHAN:
1 biji timun di potong 2 dan setiap potong tu belah 4 ~ buang biji
2 biji cili padi ~ ketuk kalau suka
5 ekor ikan bilis ~ tumbuk kasar
1 biji bawang merah ~ hiris atau tumbuk kasar
! biji bawang putih ~ ketuk
sedikit kiub pati ikan bilis ~ ikut suka nak letak
1 st garam
1/2 cawan air
1/2 biji tomato dadu ~ kalau suka

CARA:
  1. tumis ikan bilis sampai garing
  2. masukkan bawang merah dan bawang putih dan juga cili padi
  3. goreng sampai bawang layu
  4. masuk kiub pati ikan bilis + garam dan air serta timun yg dipotong2
  5. biarkan mendidih dengan api perlahan
  6. timun da masak ley angkat dan hidang....


2 comments:

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi