Saturday, July 15, 2017

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI NOGORI STYLE

Assalamualaikum.... Wbt

Lama sungguh xbersiaran.. Huhu masak macam biasa tapi xdan nak masukkan dalam blog... Nak mengintai ke dapur kengkawanpon dah xde masa.. Tapi kadang² tu intai la juga sebab nak tgk resepi kan.. Hehehe

So banyak sebenarnya nak masukkan tapi xpelah pelan².. Lagipon kita bukan 24jam dok ngadap blog ni... Oklah ri ni nak tayang menu lunch ari ni... Salah satunya ialah masak lemak ayam cili padi... Selain tu aku masak ikan goreng dan kerabu pucuk paku my style.. Utk kerabu next entri la ye... Resepi kerabu ni mmg Serius sedap dan mudah.. 

Untuk masak lemak ayam ni sebenarnya kalau ikut style nogori ni mudah ya amat... Sekejap je dah siap.. Sedap pon sedap... Xmemerlukan bahan yang banyak... Kalau ikutkan hanya bahan asas je... Yang penting ada cili padi.. Kunyit hidup dan serai dh  cukup... 

Aku sukalah resepi yg mudah² ni... Aku belajar ni dari nenek aku dulu jugak... Even kami bukan org negeri sembilan tp kebanyakan style memasak memang ada ala² belah sana... Ada gak la darah org negeri ni kalau ikut susur galur... Oklah xyah cakap banyak jomlah mencuba... ComFirm org xhebat memasak macam akupon ley buat.. Sedap ke x tu subjektif.... Kalau dah xukup masin.. Masam pedasnya InsyaAllah selawat banyak²... Sedap la nanti

Ok macam nilah dah siap.. Aku buat xpekat sangat tapi xcair juga... 

Bila dah cukup masak nampak macam berminyak je permukaannya...minyak ayam tu kuar.... 

Masak masak biarkan ia menggelegak macam ni... Kacau sekali sekala

Yang ni bila dah tambh santan dan air

Gaulkan bahan tumbuk dan ayam kemudian biarkan air ayam keluar dan kering

Bahan-bahan:
Ayam secukupnya- aku guna dua belah peha ayam yg dipotong 4
Dua inci kunyit hidup
Setengah genggam cili padi - ikut kepedasan yg kita nak la...
3 batang serai
Garam
Asam keping
Satu cawan santan pekat
1 cawan air-ikut kepekatan yg kita nak
Kentang potong 4-aku xisi sebab lupa beli kentang

Cara:
1.tumbuk cili padi dan kunyit smpai biji hancur...  
2.serai ketuk sekali dalam cili tadi
3.ayam yang dibasuh bersih toskan airnya
4.panaskan kuali... Masukkan bahan tumbuk dan serai tadi kemudian masukkan  ayam dna kentang kalau nak letak
5.kacau² dan biarkan sehingga air ayam keluar dan airnya hampir kering 
6.masukkan santan pekat dan air ikut nak pekat macamana
7.guna api besar biarkan ayam mendidih dan masak... Masukkan garam dan asam keping
8.masakkan ayam hingga ayam masak sepenuhnya...rasalah masin semua dah siap....  






2 comments:

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi