Sunday, March 6, 2011

Kek Alunan Kasih...

Wahhh bz betul aku nie sekarang...( buat-buat bz pon ya jugak heheh...) walaupon gitu sempat lagi aku mem'baking' hahha sebenarnya ade tempahan kek karemal so alang-alang ade lebih susu cair tu fikir la nak buat apa sebab kalau simpan lelama pon xbley gak t xelok so fikir punya fikir teringat plak kek Alunan Kasih nie yang memang belom penah di cuba..maka terhasillah kek yang cantik ini buat santapan family..bagi aku kek nie macam kek 'butter' biasa je rasanya cuma ianya di 'upgrade'kan dengan warna-warni serta larisan serbuk koko...so dia punya rupa dan tarikan tu laen macam sket lah..teksturnya agak lembut berbanding kek butter bese dan kesimpulannya memang best lah..( hahha xreti la nak komen..) jom la layan resepi nyerr ye..

Kek Alunan kasih sumber:-Mastura Yasak KR
Bahan:-

5 biji telor
1 1/2 cwm planta * aku guna 1 cwn buttercup jek..
2 1/2 cwn tepung gandum * aku guna 2 cwn
2 cwn gula halus* aku kurangkan kepada 1 cwn sahaja
1 st baking powder
1st soda bikarbonat* resepi asal x letak
1/2 cwn susu cair* aku guna 1 cwn
1st esen vanilla
perasa dan pewarna secukupnya
serbuk koko

cara:-
  1. pukul marjerin dengan gula sehingga kembang
  2. masukkan telur satu persatu
  3. masukkan tepun selang seli dengan air sehingga habis sambil pukul
  4. masuukan esen vanila
  5. bahagikan kepada beberapa warna, aku buat 2 warna jek dan boley isi sebarang perasa ikut suka
  6. gliskan loyang dengan mentega + tepung..masukkan lapisan pertama dan ayak nipis-nipis serbuk koko di permukaan lapisan pertama tersebut...
  7. kemudian letak pula lapisan kedua dan ayak sekali lagi serbuk koko..buat sehinnga adunan habis..
  8. bakar 45 minit atau sehingga masak ikut oven masing-masing 160c





No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi