Saturday, December 10, 2011

BUN KARI nostalgia...yang comel

nie la bun kari aku yang dah siap digoreng...yumm..yum...sedspnyer

kalau tengok ade yg agak sedikit perang...yg hitam pon ade heheh sebabnya goreng lama sangat..bukan apa takot dalamnyer xmasak...

bun kari yg sedia untuk digoreng....

sumber: ROSMARLINA http://www.jintanmanis.com

Ari nie tetiba rasa nak meroti..kelmarin ade melawat blog http://www.jintanmanis.com tengok la resepi roti yg ade...huuu banyak jugak la yg menarik utk dicuba..tengok punya tengok pilih punya pilih nampak la resepi bun kari atau kare pan yg sungguh menarik...tanpa membuang masa salin resepi then ari nie baru la dapat realisasikan hajat utk mencuba....

tengok barang kat dapur dah lengkap so apalagi laju je la kan...tapi utk resepi nie aku olah sket mengikut kesesuaian aku la...so yg empunya resepi jangan la mara k...aku bukan apapun aku cuma letak bread softener dan juga bread improver dalam adunan then dia punya tepung 100% pakai tepung roti sebab tepung tu masih banyak lagi kat umah nie...takut expired pulak t...kalau resepi asal letak sket tepung gandum biasa...

aku jugak buat 2 versi iaitu satu versi goreng dan satu lagi versi bakar...yg goreng tu bila goreng dalam dia masih lom masak sepenuhnya..kalau terlalu lama nanti jadi hitam...biasa terjadi kalau doh tu terlalu besar..emmm nak buat camana ek...yg versi bakar pon oraitt jugak ..cuma xselembut yg digoreng..saje je nak test kan...

aku suka sangat bun kari nie teringat zaman kanak-kanak riang kalau pegi kedai bakery mesti pilih bun yg macam nie..dulu penah jugak makan bun cam gini tapi inti tuna...sedapnyerrr...da tua-tua cam nie baru berpeluang utk buat xpe yg penting hasilnya marvelesss....esok-esok nak buat inti tuna plak musti best.. ;p

untuk aku nyer inti aku xikut resepi asal..aku buat ikut citarasa sendiri...bahan yg aku guna ialah:
  1. kentang dipotong dadu
  2. 2 biji bawang besar
  3. 1 ulas bawang putih
  4. 2 sudu makan cili kering di bancuh bersama 3 sudu serbuk kari daging
  5. daging dipotong halus
  6. buah tomato kecik
  7. daun kari
  8. serbuk perasa + garam + gula secukupnya
  9. air
cara buat inti my style:
  1. tumis bawang merah dan putih yg ditumbuk kasar bersama daun kari sehingga garing dan wangi
  2. masukkan cili kering yg telah dibancuh dan goreng sampai pecah minyak dan betul-betul masak
  3. masukkan daging dan goreng lagi
  4. masukkan kentang dan buah tomato gaul sebati
  5. masukkan air serta garam+gula dan perasa
  6. masak sampai air kering
  7. sejukkan
** nak lagi best masukkan daun sup..musti meletup


dah siap tumis sume masuk la air dan biarkan ianya empuk...masak sampai air kering...
nie la dia inti kari dah siap...inti nie boleh juga guna untuk buat karipap dan hasilya memang sedaplah....
oklah kalau nak tengok resepi asal ley la tengok disini... dibawah pon aku paste kan resepi yg telah disalin tu cuma aku buat 2x ganda daripada resepi nie...

Bahan-bahan:
150 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1/2 biji telur
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
80 ml susu segar
1 sudu kecil yis
untuk inti
3/4 cawan daging cincang
2 biji kentang ( potong dadu)
1/4 biji carrot ( potong dadu)
1 1/2 sudu besar serbuk kari jepun ( leh ganti ngan serbuk kari daging biasa)
untuk salutan
1 biji telur ( dipukul sedikit)
1 1/2 cawan breadcrumbs

Cara:
1. Kalau ade BM Pilih menu Dough dan On je, kalau takde campurkan kesemua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan licin, perap doh lebih kurang 1 jam.
2. Sementara itu, buat inti bun, cara nya sama seperti buat inti karipap.
3. Selepas doh diperap, uli doh sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka, Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian bentukkan roti dan boleh disikan inti kari daging tadi.
4. Alas dulang dengan kertas minyak, kemudian celupkan doh yang siap disikan inti tadi didalam telur dan salut dengan breadcrumbs, atur atas dulang, ulang langkah tadi hingga doh habis. Biarkan doh naik dua kali ganda dan baru digoreng hingga perang. Sedia untuk dihidangkan, amat sesuai untuk sarapan atau minum petang. Selamat Mencuba.

**Peringatan, kena letak kertas minyak tau bawah doh yang siap disalut breadcrumbs, supaya doh yang kembang tidak melekat dan senang diangkat untuk proses gorengan nanti.



No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi