Monday, December 19, 2011


menu untuk tengahari...sedap jugak buat cam nie tapi xley selalu...daging xelok sangat klu makan kerap...

daging nie memang peberet...xkisahlah masak camana pon mesti suka...tapi besenya aku beli daging segar...kalau daging import xsedap sangat tapi klu xde belasah aje..hehehe

aku suka sangat buat daging goreng kering cam nie xpon buat goreng kicap pedas..sedap makan dengan nasik panas-pans...xpayah lauk lain dah...kalau perasan dalam nie aku letak capsicum...bukan apa ari tu kan aku g Cameron..banyak la beli so stok kat umah nie banyak nak tak nak setiap masakan aku letak je supaya xmembazir..tapi capsicum nie atau lada benggala nie sebenarnya tahan lama...kalau buat masakan goreng-goreng nie boley je letak nampak berseri sket kan...

oklah nak tengok resepi yg simple nie ley tengok kat bawah...sebenarnya ia mudah dan cepat sangat utk dibuat...sesuai la utk aku yang selalu kesuntukan masa dan nak cepat makan..hehehe layan jom...

BAHAN-BAHAN:

daging yg dihiris--ikut nak banyak mana
2 ulas bawang putih --cincang halus
1/2 inci halis-- hiris
1 biji tomato--belah 5
1 biji bawang besar--hiris bulat
1/2 biji lada benggala--hiris menyerong
2 sb sos tiram
1/2 st garam halus
1/2 st kunyit serbuk
2 sb kicap pekat
minyak secukupnya

CARA:
1. perap daging bersama garam + kicap + sos tiram + serbuk kunyit
2. tumis halia dan bawang putih sehingga garing...minyak tu biar lebih sket xpe
3. masukkan kesemua bahan perap tadi dan goreng sampai daging tu garing dan masak
4. masukkan bahan-bahan lain dan goreng sehingga semuanya masak
5. sedia utk dihidangkan


1 comment:

  1. Memang suka kalau masak daging cam gini..lapo la pulak perut ni....:)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi