Monday, January 23, 2012

BUBUR NASI yang lembut...


ada masa kita akan rasa bosan kan nak makan nasi jek...sebenarnya dah xtau nak masak apa..haha aku kalau da buntu sangat nie la menu kami sekeluarga...penah dalam seminggu tu aku buat bubur nasi je..naik hijau bijik mata memasing makan bubur...heheh

aku sebenarnya nak diet so aku ajak la hubby aku join sekali..so aku cadangkan kat dia kita makan bubur aje la..1/2 pot kecik ley makan bertiga...jimat tu..dia kata boley aje..dia memang jenis yg xkisah...tapi tu la aku yg xtahan...dah 3 kali makan bubur je..xlarat nak jalan rasa..terus stop la diet tu hahahah pepun sekali sekala aku masak jugak la....Auni suka makan....
bubur nie aku pelbagaikan..macam2 yg aku isi ikut la apa yg ada...tapi xley tinggal bawang dan ikan bilis goreng..sedap sangat....aku suka bubur yang berkuah banyak tapi hubby aku suka yang kering sket macam dalam gambar nie...

aku suka buat sebabnya bubur nie la baru ley tengok Auni makan nasik banyak sket..kalau x... puas nak suruh dia makan nasi...emmm lagipon elok jugak makan bubur nie kan..cepat hadam :)


oklah kalau nak tengok cara nak buat bubur nie tengok aje la...macam-macam cara yg kita bley buat..terpulang pada citarasa memasing....

BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan beras dibasuh + 2 cawan air dan rebus dengan api perlahan
2 biji bawang merah ~ hiris nipis
1ulas bawang putih ~ hiris
1 inci halia ~ hiris
1/2 biji lada besar ~ hiris nipis dan dipotong dadu
1/2 biji lobak merah ~ potong bulat
1/2 kiub pati ayam knorr ~ kalau suka
1st garam
ayam/daging ~ hiris halus atau potong dadu
daun sup secukupnya ~ hiris
2 cawan air
ikan bilis goreng sebagai hiasan
CARA:
  1. tumis bawang merah+bawang putih+halia hingga garing
  2. masukkan kiub pati ayam knorr dan ayam yang dipotong dadu
  3. goreng sampai ayam agak garing
  4. masukkan air dan perasakan dengan garam
  5. masukkan bahan-bahan lain dan curahkan ke dalam nasikyg sedang direbus tadi..
  6. biarkan merebus nasik sehingga pekat dan sesuaikan rasa sebelom dihidang

http://zaazu.com

No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi