Sunday, December 8, 2013

RESEPI AYAM PENYET PALING RINGKAS



Dah siap nasi ayam penyet sempoi

Selama ni nk makan nasi ayam penyet makan yg beli je..biasa makan kat medan selera Sogo KL tu...sedap la jugak so berkira2 la nk buat sendiri...

Akhirnya setelah sekian lama aku try la buat sendiri....bagi tekak aku oklah nasi ayam penyet ni cuma serdak tu xsama yg macam kat kedai...lain2 so far ok nak pulak sambal dia tu....memang terangkat la...sedap sangat...pedas berapi...manis2 bawang memang memikat la bagi sape2 yg suka makan pedas...tahap pedas sambal dia ni memang tahap terbakar telinga hihi...


Ayam yang telah direbus dengan bahan blend
Kelainan yang aku tengok ayam dia tu direbus dengan macam2 bahan....banyak resepi yg aku tengok tapi sume ada macam2 cara nak buat..aku biasalah pilih yang mudah dan cepat je...kalau sape2 yg rajin boley google....mcm2 cara n style tp tetap satu Nasi Ayam Penyet namanya hihi
Air rebusan ayam digunakan untuk masak nasi

Ayam yang telah digoreng

Tempe goreng wajib ada hihi



Serdak dari gorengan ayam dan tempe...

Sambalnyer yg memang sangattt sedap...xde xjln makan nasi ni
Oklah untuk resepi asal yang aku amek sebagai rujukan disini ...disini....dan disini ye...cara aku buat ley tengok dibawah...biasalah ikut kesesuaian...

BAHAN AYAM:
seekor ayam ~ belah 4 jek
1inci kunyit*
2 ulas bwg putih*
1 inci halia*
1/2 st serbuk lada putih
Garam halus secukupnya
1/3 kiub pati ayam ~xletakpon xpe

CARA:

  1. ayam cuci bersih dan kelar atau cucuk sikit seluruh bahagian agar nanti ayam masak  sekata
  2. Bahan bertanda* ditumbuk kasar atau blend pon boley masukkan dalam periuk bersama ayam tadi dan curahkan air sebanyak mana yg disukai
  3. Air ni nak guna untuk masak nasi 
  4. Rebus hingga ayam masak dan kuarkan ayam tadi
  5. Ketuk2 atau penyek kan ayam
  6. Gaulkan ayam ke dalam bater tadi dan goreng hingga perang..jangan goreng lama sangat sebab ayam da rebus
BAHAN NASI:
beras secukupnya~Ikut la nk masak nasi banyak mana
1 biji bawang merah~hiris
1 ulas bawang putih~hiris
Air rebusan ayam tadi
Daun pandan 2 helai~simpulkan

CARA:
  1. tumis bawang hingga garing
  2. Masukkan beras dan daun pandan dan goreng kejap
  3. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan masak seperti biasa dalam rice cooker
BAHAN BATER UTK GORENG AYAM:
1 biji telur
Tepung beras
Air rebusan ayam
Serbuk kunyit sikit nk bagi warna cantik
1st serbuk kari
1/2 st serbuk lada sulah
1/2 st serbuk lada hitam
Garam cket

  1. campurkan semua dan kacau hingga jadi macam bater nak goreng pisang tu..
  2. Jangan pekat atau cair sangat...sedang2 je
  3. Boley digunakan untuk goreng tempe dan ayam
BAHAN SAMBAL:
Ikan bilis sedikit ~goreng hingga garing
2 biji bawang merah*
1/2 biji tomato*
Segenggam cili padi*
2 sb gula merah
2st jus limau kasturi
1inci belacan* ~bakar dulu
Sedikit minyak untuk goreng
Garam cket tp jgn banyak

CARA:

  1. goreng bahan bertanda * hingga layu
  2. Tumbuk semua bahan termasuk ikan bilis kecuali jus limau dan gula merah hingga lumat
  3. Masukkan dalam kuali dan panaskan bahan tadi...
  4. Masukkan jus limau dan gula merah
  5. Rasa jika ok ley angkat



4 comments:

  1. sedapnya.. mudah jugak resepi ni yer.. nak cuba jugak lain kali.. hehe

    ReplyDelete
  2. terima kasih berkongsi resepi ayam penyet. Saya nak cuba la nanti.

    ReplyDelete
  3. tetiba hari ni teras nk makan ayam penyet.. gugel2 jmpa blog ni.. simple n mudah nmpaknya. tp saya ubah2 sikitla ikut apa yg ada dlm rumah ni..hehehe.. tenkiu seb share :-)

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  4. nape x de sayur? kangkung celur n timun......rasanya resepi ni mmng sedap saya nak cubalah, boleh ajar anak masak sekali.....

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi