Sunday, June 14, 2015

KARIPAP KENTANG berdaging sedap

Selamat petang....n3 tertangguh..hihi just nk share resepi karipap yg sedap...masa buat lupa nk snap gambo...dah siap goreng baru ingat....xpe la....just drop resepi mudah dulu kan...





Utk resepi ni boley hasilkan dalam 45 biji karipap yg saiz kecil...bukan mini ye hihi...klu acuannya besar dlm 30 ley dpt gak... inti diapon ngam2 je.... sukatan lebih kurang la...aku ni kdg2 buat ikut suka je pas tu lupa...

Oklah jom tgk resepi ye...

BAHAN-BAHAN ( UTK INTI )

6 biji kentang saiz sederhana kupas kulit n potong dadu
20 ekor ikan bilis*
3 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2 paket kecil rempah kari ( aku guna rempah kari ikan babas)
2-3 sb cili kering blender ( ikut kepedasan masing2..ley tambah or kurang )
Serbuk lada hitam (ajishio kalau suka)
Serbuk lada sulah
Daun sup dan daun bawang
hirisan daging dipotong kecil(ikutlah nak banyak mana...)
Garam secukup rasa
2-3 sb gula
Air secukupnya

Cara buat:
1. Blender bahan bertanda * dan tumis hingga garing
2. Bancuh serbuk kari n cili hingga jadi pes dan masukkan dalam tumisan bawang tadi...goreng api perlahan hingga pecah minyak dan betul2 garing....aku masak lama sikit supaya bahan gorengan tu betul2 masak....
3. Masukkan daging dan goreng lagi hingga daging masak...tambahkan serbuk lada hitam dan lada sulah jika suka..perasajan garam n gula...xcukup tambah la yg mana patut
4. Masukkan kentang dan gaul sebati
5. Masukkan air secukupnya...biasa air mesti melepasi paras kentang...tutup kuali sambil....kacau2 hingga air kering guna api sedernana kecil....kena selalu kacau agar bawah xhangit....
6. Bila kuah hampir kering taburkan daun sup dah gaullah hingga sebati...
7.proses kacau ni lama sikit sebab nak bagi inti kering dan kentang masak elok lembut xkeras....bila dah hampir kering boleh kuatkan sikit api tapi kena sentiasa kacau hingga ke tekstur yg kita ingini....aku suka inti yg xkering sangat....
8. Sejukkan  sebelom di guna..


BAHAN -BAHAN ( UTK KULIT )

2 1/2 cawan tpg gandum
2sb butter /marjerin
Air garam secukupnya

cara buat:
1. Gaulkn tepung dan butter hingga jadi seperti serbuk roti....agak2  hingga butter semua sebati
2. Tuangkan air sedikot2 samb uli dan gaulkn hingga jadi doh...jgn lembik sangat ye...kelembutannya sedang2 je....uli hingga lembut
3. Buat bulat kecil2 dan Canaikan..aku guna mesin yg pusing ngan tangan tu je.... mula2 canaikan guna nombor ke dua tebal....
4. Dah siap baru nipiskan guna nombor ke 3 kecil....dah siap leh la letak inti dan kelimkan macam biasa kita buat karipap tu la... susun dlm belas di tabur tepung...sedia di goreng...

**kalu nak frozenkan just goreng karipap tersebut dalam 1 -2 minit...toskan minyak...isi dalam bekas....kalau dua layer lapik la dgn plastik...pastu letak kt freezer....nak makan kuarkan dr freezer hingga sejuk hilang...then dah boleh goreng hingga kekuningan....
** cara ke dua boleh bakar dalam oven dalam 2 -3 minit je pastu sejukkan...masuk dalam bekas simpan dlm freezer gak...mudah je..





No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi