Friday, November 13, 2015

shepherd pie bercheese

Selamat malam semua....baru bersiaran...malam ni nak tayang western food Musim hujan2 ni memang seswai makan benda2 cam ni...sesekali latan selera omputih gitu...

Nilah 1st time aku cuba n makan...selalu tengok resepi orang buat je...menurut pakcik googlepon de macam2 resepi n cara nak buat shepherd pie ni...actually based kentang sama je tapi tang inti tu memang de macam2... aku tergerak hati nak buat bila tgk resepi kt facebook...

Oklah sedap juga..anak2 aku suka mungkin sebab de cheese...emmm so yummy...nak buatpon mudah je...jom la try..

Rebus kentang hingga empuk


Dah empuk lenyekkan bagi halus

Tambahkan serbuk lada sulah n lada hitam serta susu segar

Dah siap ratakan atas loyang nipis2 sebagai based

Ni inti yg aku buat...de macam2 versi inti


Letak inti tengah2 n ratakan

Tambah lagi kentang lenyek tutup inti tadi

Ratakan macam ni

Tabur mozarella cheese banyak2


bakar hingga rupa jadi cam ni...

Sedia di makan panas2 baru sodap


Oklah jom semak resepi yg aku guna...aku buat ikut suka hati je...tambah pe yg seswai...

BAHAN-BAHAN: utk kentang

4 biji kentang rebus dan lenyek
Sedikit lada sulah
Serbuk lada hitam
Susu segar

Untuk inti:
Daging kisar ikut suka nak banyak mana..aku buat separuh dari paket besar ramley tu
Setengah botol sos prego
Lada besar sebiji ~cincang halus optional kalau nak pedas
Daun sup n daun bawang cincang halUs
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano atau mix herb jika suka
Sayur lobak potong dadu jika suka~aku xletak
Cendawan dalam tin cincang halus
3 ulas bawang putoh cincang halus
2 biji bawang merah rose cincang
Separuh capsicum di cincang jika suka

Cara:
1. Rebus kentang dgn garam jika mau...toskan air kemudian lenyek
2. Masukkan serbuk ikut suka banyak mana
3. Masukkan susu segar sikit2 hingga dapat tekstur kentang yg lembut tp bukan cair ye...ala2 macam nak buat mashed potato tu la...sukatan tu depend pd kentang kita tu so agak2 je..asalkan senang nak ratakan dalam loyang nanti
4. Ratakan satu lapisan atas loyang n ketepikan
5. Untuk inti tumis bawang putih n merah hingga wangi...masukkan daging kisar dan masak hingga air daging kering
6. Masukkan sayur2an..lada besar dan gaul sebati..
7. Masukkan sos prego dan masak lagi hingga sebati...tambah serbuk lada hitam dan mix herb...
8. Kacau higga sebati n agak pekat..taburlan daun sup n bawang cincang dan sedia di guna
9. Ratakan atas kentang tadi..tutup dengan lebihan kentang dan tabur mozarella cheese
10. Bakar hingga cheese cair...sedia di makan panas....


No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi