Sunday, December 4, 2011

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS...penambat selera

sambal nie adalah pelengkap makanan ala-ala kampung nie..terutama bagi sesapa yg suka pedas. bagi family aku dulu..masa aku lum kawen setiap kali makan mesti nak kena ada sambal..paling tidak pon sambal ikan bilis campur cuka...cili yg di gunakan mesti cili kampung...

sebenarnya sambal pon ade banyak cara nak buat dan boleh divariasikan mengikut citarasa...setiap tempat xsama cara menyediakan sambal nie...aku suka sangat buat sambal yang simple..makan dengan nasik panas berulamkan timun atau petai..ikan goreng panas-panas..emhhh sedapnyerr...

oklah untuk sambal yg bese kami satu family buat ialah sambal ikan bilis. di mana cili akan di tumbuk bersama garam dan ikan bilis mentah yg telah di basuh...tumbuk sampai biji cili tu hancur ley gandingkan dengan cuka atau perahan limau kasturi (lagi sedap) / limau nipis...

kalau nak buat sambal belacan tumbuk cili dengan garam + belacan bakar sket dan boleh digandingkan dengan buah mangga muda yg dihiris halus..tumbuk kasar..kalau xde mangga ley isi buah belimbing buluh yang juga dihiris halus sebelum ditumbuk kasar..kalau kat kampung banyak buah kuini atau buah bacang pon boleh digunakan.kalau suka isi tempoyak pon ok apa....sedap sangatt...

ikut selera memasing la kan..gambar yg aku letak nie adalah sambal tempoyak...dah lama xmakan tapi aku suka isi tempoyak baru baru ada rasa manis-manis pedas...tempoyak yg lama sket tu hanya sesuai untuk buat gulai je...sebab yg lama tu masam sangat.. :)

BAHAN-BAHAN:

2 sudu makan tempoyak baru
10 biji cili padi
garam
1/2 genggam ikan bilis yg telah di basuh -- agak-agak la banyak mana nk letak...

CARA:
  1. Tumbuk cili bersama garam hingga biji hancur
  2. masukkan ikan bilis dan tumbuk sederhana kasar
  3. gaulkan dengan tempoyak dan sedia dihidangkan....

No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi