Saturday, February 19, 2011

Demam kek karemal

Musim demam kek karemal masih lagi menghantui..hehehe sebenarnya gambar niepon dah lama. faham-faham aje la kalau dah lama xupdate tuh kira N3 nie main sumbat je lah..tp pepun gambar nie da penah letak dalam KR..
well nak citer cket lah tentang resepi yg memang besttt nie..resepi nie juga dari KR. resepi asal boleh check kt KR. yg diselitkan disini ialah yang telah di'oter'. my 1st try karemal nye mmg fail xtau rr kenapa tp bila da 2nd dan next..next..memang menjadi dan sodap xpercaya ley tanya org lain yg penah buat..kek ni sedap makan sejuk-sejuk.. memember kt sekolah banyak yg cakap kek nie cantik sayang nak makan..laa cam tu plak heheh tp memang betullah..sebelom makan mesti nak belek-belek dulu dia punye belang-belang yg colourful tuh..

Kek karemal yang da siap di potong

KEK KAREMAL

Bahan A

3 sudu makan gula yang dicairkan

Bahan B
1 sudu kecil esen vanilla

1/2 tin susu cair

1/3 gula halus

3 biji telur kuning- aku tambah 1 biji telur

Bahan C

3 biji kuning telur

1/3 gula halus

3 sudu makan minyak makan

135ml air

11/4 tepung gandum

1st baking powder

1st soda bikarbonat

Bahan D

6 biji telur putih

1st krim of tartar


cara-cara

  1. Bahan A-cairkan gula buat gula hangus dan ketepikan
  2. Bahan B-kacau semua bahan perlahan sampai sebati dan tapis masuk atas bahan A tadi dan ketepikan
  3. Bahan C- pukul telur + gula sampai kembang kemudian masukkan minyak + tepung+air selang seli ketepikan
  4. Bahan D-pukul putih telur sampai xjatuh dn putih
  5. satukan bahan C dan bahan D secara kaup balik
  6. bahagikan kepada beberapa warna dan boleh di tambah perasa ikut suka
  7. bakar secara double-boiled 55 minit- 1 jam suhu 150c





No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi