Friday, March 18, 2011

Megi goreng mamak...

hasil air tangan somi aku...haha sedap sangat kalau makan ngan cili jeruk...terangkat..rupa-rupanya cili jeruk nie kalau buat dgn cili kecik tahap kepedasan nyer tetap sama...ingatkan kalau da jeruk tu kurang da pedas dia...tp apapon memang sedaplah ...kalau habis nanti ingat nak buat lagi cili jeruk versi cili padi...hehehe..

apapun nie mee maggi speacial tau..ala-ala kedai mamak tu la..apun memang layann...

Bahan:-
1 paket mee maggi segera
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
2 biji cilikecik
2-3 ekor ikan bilis
1/2 st perencah mee maggi
1/2 air
1 biji telur
1 biji limau kasturi jika suka..

cara:-
  1. cincang bawang putih+ bawang merah dan ikan bilis halus-halus
  2. tumis bahan cincang td dalam minyak yg sedikit
  3. bila da garing dan berbau wangi masukkan air
  4. masukkan perencah mee maggi tadi tp jangan banyak2 tau.sikit je sudah
  5. masukkan cili yg di cincang td dan gaul sebati
  6. masukkan mee maggi yang sudah di rendam dalam air suam sekejap..jgn rendam lama-lama dan maggi tu xperlu di patah-patahkan..
  7. gaul sebati bagi mee td lembut...kemudian apabila mee semakin lembut boleh masukkan telur dan kacau sebati sehingga air kering..dan rupa macam mee goreng mamak
  8. sedia di makan panas-panas bersama jeruk cili dan limau...

No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi