Friday, November 25, 2011

IKAN BAKAR TOMYAM..



ikan bakar nie nama jek bakar tapi aku letak dalam kuali jek...bagi yang suka ianya agak berkuah sesuai la wat cam aku nie --- letak dalam aluminium foil di alas daun pisang then letak dalam kuali tapii kalau suka ianya kering letak kat tempat pemanggang then bakar atas bara api...
nie la rupa ikan bakar aku tu...bagi aku memang sedap tapi xtaulah orang lain kan..actually bley pelbagaikan ikut citarasa memasing...so kalau berkenan tu tengok lah resepi di bawah ye..resepi nie di ambil dan diubahsuai mengikut citarasa dari resepi dalam buku chef Hanieliza -- resepi ikan..ala buku yang nipis tu la..best resepi dalam tu coz simple dan senang nak buat...


Bahan-Bahan :
2-3 ekor ikan ( terpulang la nak letak ikan apa biasa yg sedap ikan kembung besar dan ikan pari..ari tu aku buat ikan kisi pon sedap gak..)
2-3 sudu besar cili kering
1 inci halia di hiris
3 biji bawang merah di tumbuk
1 biji bawang putih di tumbuk
sedikit belacan -- kalau suka la..
2 batang serai di titik
daun kesum -- kalau suka letak kalau x suke boleh gantkan dengan daun sup
1/3 cawan air asam jawa
garam / gula / perasa mengikut citarasa
2 helai daun limau purut
bunga kantan -- ikut suka

cara :
1. tumiskan bahan tumbuk dan halia hiris hingga wangi
2. masukkan cili kering + belacan dan goreng sampai garing
letakkan serai dan daun limau purut
3. tambahkan air asam jawa mengikut kesesuaian
4. masukkan garam + gula + perasa biarkan kuah mendidih hingga agak pekat
5. alas daun pisang didalam aluminium foil dan susun ikan di atasnya.
6. curahkan kuah tadi dan letak daum kesum atau daun sup, bungkuskan dan bakar didalam kuali sehingga masak...nak cepat masak tutup kuali dengan penutup...

No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi