Saturday, November 26, 2011

HOME MADE PIZZA..nyum..nyum...

amacam...cantekkk tak? home made nih tau..'jenuh' nak buat menda alah nie...lagi senang gi order je kan...citer pasal pizza nie...topping atas dia tu aku letak ayam yang di potong kecik-kecik...kalau nak letak daging pon sedap gak...memang best la...best bukan apa best sebab sendiri buat dan hasilnya not bad la...xde la teruk sangat kan...

Bahan-Bahan topping:

1 sudu makan cili kering
2-3 sudu makan tomato puri
ayam yang di potong dadu
1 sudu teh oregano
bawang besar yang di hiris kasar
2 ulas bawang merah yang di tumbuk
sosej ayam atau daging yang dicelur kemudian di hiris nipis
cili benggala hijau +merah+kuning yang dihiris untuk nampak cantik
mozarella cheese secukupnya
parmesan cheese -- kalau suka
garam/gula secukupnya

cara :

1.panaskan minyak dan tumis bawang merah tumbuk hingga garing
2. masukkan cili kering dan tumis lagi
3. masukkan tomato puri dan ayam yang di cincang
4. masukkan oregano dan garam serta gula mengikut kesesuaian
5. tambah air sedikit dan biarkan ia mendidih..tutup api dan biarkan sejuk
6. sediakan doh pizza..leperkan didalam bekas untuk membakar pizza yang bersesuaian
7. kemudian sapukan kuah tadi sehingga rata..taburkan cheese dan susun sosej..susun bawang dan buatlah beberapa lapisan dan yangpenting bahan terakhir sekali ialah taburan cheese yang banyak agar pizza jadilebih enak dan cantik...


No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi