Saturday, November 26, 2011

ROTI BUNGA-bunga cinta...


Ini adalah projek aku kat koperasi sekolah...time kasih buat Mat Gebu di atas resepi nyer yang 'mavelesss' tuh... macam yang dia selalu kata la kalau x menderhaka memang x sah so untuk resepi nie aku ikut cara aku sebab nak cepat...bagi aku masa itu amat berharga kerana aku nie memang xde masa...banyak mende nak kena buat so buat dan jual roti nie pon curi-curi masa yg ade jek...penattt
inilah rupa roti nie selepas siap deco tunggu masa nak bakar jek...aku jual nie kat budak sekolah dan alhamdulillah setiap kali hantar memang habis..lagipun aku buat xbanyak...sekali buat dalam 30 biji jek..itu jek yang termampu...aku buat nie start dari jam 7.15 sampai la ke pukul 12.00 malam...huhuhu memang sakit badan..

kalau yang ade anak ramai tu boleh la buat sendiri kat rumah..berbaloi daripada beli kat kedai sebabnya
1. kita boleh makan banyak...
2. boleh jaga kebersihan
3. boleh jimat belanja...
4. halalnye terjamin...

untuk resepi bley rujuk di sini...(kat blog tuan empunya resepi nie)...atau ley gak tengok sini yang aku dah copy dari resepi asal...

ROTI BUNGA

BAHAN:
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya

CARA :

1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih.

2. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.

3. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).

4. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.

5. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).

6. Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.

7. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....


cuma untuk aku nyer roti tu ada beberapa perkara yang aku ubahsuai mengikut keadaan dan cara yang menyenangkan aku...
  1. aku guna bahan yang sama cuma yis tu aku gantikan dengan yis basah. Yis nie cepat naik so masa yang diperlukan xdela lama sangat
  2. pas tu cara nak buat aku guna mixer jek...xde masa nak uli....masuk je sume bahan kecuali mentega dan air pas tu uli sambil masukkan air sket-sket..akhir baru masukkan mentega...uli la dalam 20 minit gitu...kadang-kadang 15 minit pon dah ok..kalau pakai yis basah la
  3. aku guna bread improver juga bread softener
  4. panaskan oven dalam 3 minit..ambik suhu yang paling low sekali..agak-agak oven tu da rasa ada haba matikan api..pas siap uli , wrapping kan permukaan mangkuk adunan tu dengan plastik dan masukkan ke dalam oven yang masih bersisa rasa habanya...so dengan keadaan panas sket-sket tu akan mempercepatkan lagi doh naik..xpayah la nak tunggu lama sangat...
  5. doh dah naik buatlah cam biasa....

No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi