Friday, December 9, 2011

ASPARAGUS GORENG simple.....

Ari tu aku bercuti ke Cameron memang dalam hati nak sangat cari sayur nie...puas jugak la aku cari memang xde sangat jual....aku tanya nyonya kat situ dia kata sekarang bukan musim...kalau ade pon harga mahal...aku dapat nie pon last day time.... tu on da way nak balik...akhirnya dapat jugak merasa...

nie rupa asparagus yg aku telah potong cantek-cantek....hehehehe amek bahagian yang lembut jek...

udang basah yg telah dipotong kecik-kecik...nak letak sekor-sekor pon boley jugak

tomato ceri jangan lupa utk kasi berseri...aku xsuka makan tomato tapi aku suka letak sebagai penyeri...

dah siap..ready 2 eat....

sayur nie bagi aku sedap goreng aje....kali nie aku goreng isi udang basah...sedap gak la...aku suka kalau goreng kering dan bila makan rasa rangup aje...xperlu goreng terlalu lama..pakai api besar dalam 2-3 minit dah ley makan...sodap tau

BAHAN-BAHAN:
2 ikat asparagus dipotong serong
5 biji tomato ceri di belah 2
5 ekor udang besar dipotong 3
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 sudu makan sos tiram
garam +serbuk perasa jika suka

CARA:
  1. Tumis bawang putih hingga garing
  2. masukkan udang dan goreng sebentar
  3. masukkan sos tiram diikuti sayur + tomato + garam dan perasa
  4. kuatkan api danb kacau sebati dalam 2 minit
  5. jika terlalu kering boleh tambah sedikit air
  6. sedia di hidangkan

No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi