Saturday, December 10, 2011

KEK COKLAT MOIST...

kek coklat memang xasing lagi dan menjadi kek kegemaran ramai...aku pon suka kek nie tapi xle makan selalu sebab rasa jemu pulak kan...kalau da lama xmakan aku akan buat la kek nie...biasa aku buat kek coklat kukus je sebab lagi lembab dan lembut gitu...

dan untuk kek nie jugak ada bermacam versi so terpulang la pada citarasa memasing nak buat yg macamana sebab kek nie kita boleh olah dan pelbagaikan mengikut citarasa sendiri kan...

nie la hasilnya setelah siap dibedak...



oklah terus kepada resepi boleh semak di bawah ye..

BAHAN-BAHAN:

4 biji telur
70 gm serbuk koko
250gm tepung gandum--kalau pakai tepung naik sendiri xpayah isi soda+ baking
250gm gula halus
250gm air sejuk --boleh jugak gantikan dengan susu segar
250gm butter
1st baking powder
1st soda bikarbonat

CARA:
  1. pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. masukkan telur satu persatu pukul lg hingga putih
  3. ayak tepung + baking+ soda+ serbuk koko
  4. masukkan tepung dan air selag seli sehingga habis
  5. lenserkan loyang dan kukus 45 minit atau hingga masak

No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi