Saturday, December 17, 2011

PUDING PELANGI 3 warna je....


petang tadi memang xtau nak buat apa.tengok serbuk agar-agar ada so jalan je la wat puding nie...aku suka nak buat bukan apa sebab rasa cam cantek je lapisannya...tapi tu la..ade je masalah yg mengakibatkan puding aku tu xberapa nak jadi cantekk warnanya...

rupa-rupanya serbuk agar-agar yg aku beli tu da siap ngan pewarna--green colour huhuhu nak xnak kenalah wat jugak...apapun aku xpuas hati ngan puding aku tu sebab lapisannya xmelekat seperti yg sepatutnya...bila nak potong kecik-kecik je habis tertanggal last-last tinggal sekeping-sekeping...

xperlah kan...1st try and next time cuba bagi ok...dalam hati aku--memang xde bakat memang la akan jadi cam ni selalu hehehhe...oklah resepi nie aku amek kat blog jintanmanis...tertarik dengan lapisan yg dia buat so sesape yg tertarik jugak boleh la cuba ini resepi..kat bawah aku letak juga resepi yg aku copy tu...cuma utk adunan santan aku gantikan dengan susu segar...

lapisannya pon xberapa nampak dan menarik a.k.a xsama tebal...aku main belasah je letak ikut suka berapa senduk...yg sebetulnya xingat kiraan masa menyenduk tu...

kalau nak cantik lapisannya tu mestilah sama besar je saiz setiap lapis tu...kalau isi 3 senduk...setiap lapis yg lain pon kenalah sama..jgn buat cam gini...xcantik!

oklah yg penting boley makan..sebenarnya macam agar-agar biasa jek cuma seni nak melapis tu je yg membuatkan aku tertarik...memang kelas la bagi yg boleh melapis dengan sabar..cantik...dan sama je...

oklah tengok-tengok lah resepi yg ade..nak rujuk yg asal ley g ke blog jintanmanis ye..

Puding Pelangi Aidilfitri
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan Lapisan Plain
10 gm serbuk agar-agar
220 gm gula pasir
1000 ml air
2 helai daun pandan

Bahan Lapisan Santan
2 helai daun pandan
10 gm serbuk agar-agar
220 gm gula pasir
700ml santan ( buleh ganti dengan susu soya, susu sejat ataupun susu segar)
1/2 sudu kecil garam
300ml air
3 sudu besar susu pekat manis
Bahan Pewarna
Pewarna Biru, Ungu, Hijau dan Merah Jambu

Cara Membuatnya
1. Masukkan ke semua bahan lapisan plain di dalam periuk dan masak hingga mendidih, pada masa yang same juga, di dalam periuk yang berasingan, masukkan bahan bahagian santan. Masak dengan api yang perlahan dan sentiasa di kacau. ( kedua-dua adunan ni mesti sentiasa di atas api yang perlahan dan sentiasa panas sebelum proses melapis).

2. Sediakan acuan bulat atau petak, ros gunakan acuan silicon bentuk bunga, pastikan acuan di bilas dengan air terlebih dahulu, ambil 3/4 cawan agar-agar santan, dan warnakan dengan warna biru, kacau sehigga warna sekata, curah di dasar acuan dan biarkan agak keras.

3. Setelah keras, ambil hujung garpu dan lorekkan sedikit di permukaanye, ambil pula 3/4 cawan bahagian agar-agar plain, dan warnakan juga dengan warna biru, curahkan di atas bahagian agar-agar santan tadi, biarkan keras, ulang langkah melapis tadi dengan menggunakan warna yang berlainan, sehingga kedua-dua bahagian adunan agar-agar habis.

4. Sejukkan dahulu agar-agar di dalam peti ais sebelum dihidangkan, selamat Mencuba.

t

2 comments:

  1. Salam perkenalan Maz, ramai sungguh penulis blog yang mencuba resepi puding pelangi ini. Kak Noor juga tidak terkecuali. Kebiasaannya bila membuat puding, Kak Noor menggunakan agar-agar stripe dan semuanya jadi ok. Tetapi hari itu bila Kak Noor guna agar-agar serbuk, puding jadi lembik; tak menjadi seperti biasa. Senang-senang jengoklah dapur Kak Noor. Kak Noor dah follow...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam....tq follow...pasal puding tu saya gabungkan kedua2...satu lapisan tu pakai agar2 tali dan satu lagi pakai agar2 serbuk...dua2 jadi dan xlembik cuma bila nak buat lapis2 tu dia xmelekat dengan cantik...kadang2 sukatan air tu kena adjust sket..hehe xpe cuba lagi ye k.Noor...t ade masa sy jenguk dapur akak k

      Delete

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi