Saturday, December 17, 2011

SPAGHETTI mudah dan ringkas....

menu yang paling simple dan mudah bagi yang kesuntukan masa...hahahaha sedap pon sedap...ntahlah dah boring makan nasik apa salahnyer makan cam gini kan...sekali sekala ubah selera...tapi tu la org rumah nie xsuka menda alah nie..aku sorang je yg makan..auni pon makan sket2 jek....





BAHAN-BAHAN:

1 botol sos spaghetti cendawan KIMBALL
ayam--potong halus-halus
1 biji bawang kuning--didadu halus
1 ulas bawang putih--dicincang halus
2 batang sosej--direbus
lobak merah dipotong dadu--ikut suka nak banyak mana
spaghetti direbus hingga lembut--ikutla banyak mana nak

CARA:
  1. tumis bawang putih dan bawang merah sampai garing
  2. masukkan ayam dan goreng sampai ayam masak
  3. msukkan serbuk perasa jika suka dan masukkan sayuran dan sosej
  4. tambahkan sos dan masak hingga pekat dalam 3-5 minit
  5. jika terlalu pekat dan ingin kuah lebih boleh tambah air dan masak lagi sehingga sebati
  6. boleh terus masukkan spaghetti didalam kuah atau hidang secara berasingan...
  7. parutkan Parmesan cheese sebelom dimakan...yummy

** sos utk spaghetti nie boleh juga digunakan utk topping pizza...sedap

No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi