Thursday, December 15, 2011

RAINBOW CAKE...istimewa daripada rumah


Yes...akhirnya berjaya jugak aku buat kek nie...kebetulan semalam buf day adik ipar..alang-alang tu ley la aku cuba bakat nak buat kek yang cantik nie..hehehe walaupon serba kekurangan..kek yang cantik nie tetap menjadi...

dah la time aku buat kek nie last minute..kul 12.00 lebih aku dok ngadap menda alah nie...kul 4-00 pagi baru settle semua..perhhh penat..kek nie mudah aje cuma leceh tang nak melapis satu-satu dengan cream tu aje la...

anak aku nie sebok ngadap kek yg da siap dipotong..katanya canteknyer...canteknyer...memang la cantek sayang oii 7 lapisan colourful

deco simple-simple aje...pepagi buta cam tuh mata pon dah xlarat nak bukak..badan pon penat sebab baru aje lek dari Genting malam tu...
amacam...ok tak? 1st try so kira gumbira jugak lah...
nie gambar setelah siap dibakar...kejap je bakar kek nie kalau loyang ade banyak...
apapun tq pada empunya resepi...memang cantik dan sesuai utk budak-budak..bagi aku rasa kek nie just nice la..aku xley masuk makan banyak-banyak..sepotong yg kecik je..pas tu surrender..aku rasa muak tapi tekstur kek nie memang lembut tapi kalu letak cheese frosting memang best...aku letak jugak tapi sket aje...

tapiiii kek aku nie kalau nak tahu aku letak 1 cawan tepung roti...hehehe bukan apa tepung kat umah nie da abes..ngam-ngam ada 2 cawan so nak xnak tambah je tepung roti..sib baik menjadi gak..jangan tiru la..

nanti ade masa nak try wat coklat indulgenge plak..xlepas-lepas lagi nak mencuba sebab bahan ade aje yg xcukup...xpe slow-slow kan... :) oklah kalau nak tengok resepi ley tengok kt bawah..resepi asal kek nie-- aku tengok yang puteri manja wat disini ok...

RAINBOW CAKE
BAHAN-BAHAN

3 cawan(340g) tepung gandum --diayak
4 sudu kecil baking powder --diayak
1 cawan(180g) salted butter--kalau pakai unsalted butter kena bubuh garam sikit
2 cawan(400g) gula
5 biji putih telur gred A--suhu bilik
2 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan susu segar--1 kotak kecik tu
warna yang disukai

CARA:
1. Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan.
2. Leserkan loyang 8” inci dengan butter dan alas bahagian bawah loyang dengan kertas minyak,sapukan juga butter di atas kertas dan ketepikan.
3. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi hingga adunan pekat. Masukkan pula esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
4. Masukkan tepung tadi berselang seli dengan susu segar. Kacau adunan menggunakan senduk. Mulakan dengan tepung….di akhiri dengan susu. Pastikan semua bergaul rata.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian… bahagikan kepada 6 atau 7 bahagian dan setiap 1 bahagian ditimbang.
6. Letakkan pewarna pada setiap bahagian mengikot warna pilihan anda.
7. Masukkan satu adunan dulu kedalam loyang yg dah dileser kertas minyak tadi dan ratakan. Bakar pada suhu 170c selama 10-15 minit atau hingga masak bergantung kepada oven masing2. Masak satu persatu hingga abis.
8. Setelah siap bakar di kluarkan dan biar ianya sejuk diatas redai sepenuhnya.
9. Setelah semua siap dibakar bole disatukan selapis2 dan disapu cream pada setiap lapisan. Hias mengikot cita rasa anda.

No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi