Saturday, December 17, 2011

ROTI SOSEJ GORENG....


cuti dah xlama je lagi..pejam celik dah nak bukak sekolah semula...adehh nie yang boring nie...bukan boring apa..boring sebab terpaksa bergelut dengan kesibukan yang kadang-kadang memeningkan kepala....



petang tadi makcik dari KL singgah umah so xtau nak buat apa sebenarnya xready pepe pun...nak yg mudah dan cepat maka terhasil lah roti sosej bergoreng nie...minum ngan milo panas...emhh..cam sarapan pagi la plak sedangkan dah petang..hehehe

ala resepi roti nie simple beno dan sangat mudah nak dibuat....kalau time emergency tu ley la buat kan dari xde pepe utk dihidangkan...kali nie aku betul-betul nak cepat so xde la goreng tu pakai tepung utk salutannya...just pakai telur je...oklah tapi aku xsuka sangat...

BAHAN-BAHAN:

roti gardenia ikutlah berapa keping nak
sosej --rebus dulu
1 biji telur --utk salutan

CARA:
  1. pukul telur ketepikan
  2. lenyek roti tu hingga leper
  3. gulungkan sosej didalamnya
  4. celup dalam telur dan goreng sehingga kekuningan
  5. hidangkan dengan sos kegemaran



3 comments:

  1. Kalau buat untuk sarapan memang kenyang sampai tengahari ni.

    ReplyDelete
  2. memang kenyang...makan satu tu pon dah pengsan...

    ReplyDelete
  3. salam warisan bonda,
    suka idea ni.. boleh buat untuk bekal anak-anak ke sekolah.. hehe.. tq for the idea :)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi