Thursday, January 12, 2012

APAM DOT..DOT..versi Ladybird


malam nie tetiba aku rasa macam nak buat apam sebab teringin..sebenarnya aku masih lagi sibuk dan penat nak masak...lagipon time hubby aku keje memang la kitorg xmakan kat umah...bukan xnak tapi dia lik umah pon dah dekat maghrib..selalunya dia da siap makan, aku lak memang xnak makan malam...so xyah la masak...klu nak tunggu aku masak tunggu weekand la time dia cuti dan akupon xde aktiviti...

oklah tengok la apa yg aku buat hari nie...setelah sekian kalinya baru la menjadi rupa apam tapi still fail lagi dari segi rasa...xlembut sangat...huhuhu apapon aku akan buat lagi sampai la aku rasa puas hati..sebelom nie lagi teruk..apam nyer jadi mendap ke bawah xnaik2..hahaha

sebenarnya jadi tercabar nak buat lagi nie bukan apa..ari tu beli kat pasar malam dan bawak je balik si Auni melantak bukan main banyak...pas tu yg orang tu buat sedap dan lembut aje..so xkira aku mesti buat lagi..sebelom nie da rasa malas nak buat da...putus asa la konon...xpe i'll try again..and again....
oklah resepi yg aku guna ley semak dibawah ye...resepi nie aku amek kat kongsi resepi tapi aku da adjust sket...aku nyer xcantik sangat sebab memang xde bakat..mata dia xberapa nak jadi...aku try wat angry bird lagi la menakutkan..apapun aku puas hati dengan apa yg terhasil buat kali ini..so nak tengok resepi ley tengok di bawah ye...

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A
3 biji telur-dr peti sejuk
200gm gula halus
1st ovalette
1st esen vanilla

BAHAN B
3/4 Cawan susu segar
220gm tepung gandum
1st baking powder

CARA:
  1. pukul bahan A sampai betul kembang dan likat pakai high speed-dalam 15 minit lebih
  2. masukkan susu segar sket2 sambil pukul lagi sampai mesra
  3. da habis susu baru masukkan tepung sket2 dan pukul lagi sampai likat
  4. biarkan adunan dalam 20 minit baru dimasukkan pewarna
  5. bahagiakan warna ikut suka nak buat macamana
  6. masukkan adunan dalam papercup separuh penuh,masukkan filling disukai dan tambah adunan hingga separas cup
  7. corakkan atau dot..dot kan adunan dengan pelbagai colour ikut kreativiti
  8. kukus 15 minit dengan api sederhana
  9. pastikan loyang tutup dengan kain supaya wap tidak menitis
http://zaazu.com

No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi