Friday, January 13, 2012

KULIT CEMPEDAK JERUK goreng ranggup...


sapa tau makan kulit cempedak jeruk nie? kulit cempedak nie bukanlah kulit yang warna ijau tu tau..kulit nie yg bahagian dalam setelah isinya habis di goreng..,hehhehe sebenarnya akupon x familiar dengan makanan tradisi nie..aku tau sebab nenek mertua aku selalu buat...dia orang johor so that why la bese makan...
memula makan aku xdelah excited sangat tapi bila dah kena 2-3 kali terus terjatuh cinta...sedap sangat terutama kalau bulan pose..time sahur buat cam gini makan dgn nasi panas-panas memang x ingat....

bahan basic utk makanan ini adalah kulit cempedak jeruk..ikan bilis..dan cili kering potong....tapi kita boleh pelbagaikan ikut selera..boleh di tambah bahan-bahan sampingan lain untuk hasil yang lebih banyak dan sedap...antara bahan yg boleh di isi ialah :
  • kentang
  • tempe
  • cili padi / cili besar
  • bawang besar
apapun sesape yg xpenah makan ley la cuba...memang sedap..dan rasa untuk hidangan ini..masam-masam masin...jeruk kulit cempedak nie rasanya masam-masam sket sebab dah jeruk kan...pas tu ikan bilis tu akan rasa masin so nak pedas ley tambah cili banyak sket..aku suka ada rasa pedas lebih so aku letak cili padi lebih...

oklah cara nak sediakan ley tengok di bawah...

BAHAN-BAHAN

kulit cempedak yg telah dijeruk--- potong kecik2 dan nipis
ikan bilis dibelah---digoreng dulu
lada kering---potong kecik
kentang---belah 4 dan goreng
cili padi--belah 2 klu suka
bawang besar---hiris **klu isi bawang kuning tu lg sedap
tempe--potong nipis dan goreng

CARA:
  1. goreng dulu ikan bilis..kulit cempedak...tempe....dan kentang...goreng asing2 dan ketepikan
  2. tumis bawang besar dan lada kering atau cili padi..guna minyak sedikit sahaja
  3. masukkan garam sedikit sahaja sebab ikan bilis da masin...
  4. kalau suka ley letak kiub pati ikan bilis..xletak pon xpe
  5. campurkankesemua bahan tadi dangaul mesra
  6. sedia utk dihidang...
CARA NAK BUAT KULIT CEMPEDAK JERUK ( amek kt internet):
  • Kupas kulit cempedak
  • buang kulit yang berdurinya tinggalkan isi kulit berserta jeraminya
  • Nak potong seperti dadu, atau hiris kecil-kecil pon bole atau potong besar2, basuh bersih-bersih dan tuskan.
  • gaulkan dengan garam kasar banyaklah sikit macam kita nak buat ikan kering tu, tapi jangan sampai banyak sangat nanti masin, agak-agak lah sukatannya.
  • selepas itu carikan balang atau bekas sesuai, masukkan potongan jerami kulit cempedak yang telah digaul garam tadi kedalamnya, kemudian tekan padat-padat,
  • masukkan sedikit air dan tutup rapat-rapat
  • biarkan kira-kira ( simpan ) selama 7 -10 hari.
  • Bila kita nak memasaknya, ambilkan sedikit dari dalam balang, perahkan air garamnya atau basuh dengan ai rbersih untuk mengurangkan masinnya.
  • Ketika itu isi/jerami kulit cempedak tadi sudah menjadi keras seperti lobak. bolehlah dimasak atau digoreng mengikut citarasa

http://zaazu.com

No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi