Sunday, January 29, 2012

PUCUK UBI goreng cimple...

ini la 1st time aku masak daun pucuk ubi nie wat goreng cam gini...ilham nie aku amek masa aku pegi umah nenek mentua aku ari tu...beselah kan bila orang tua dolu-dolu yang masak..memang power walaupon cuma ikan bilis goreng...serius sedap..mungkin air tangan atau mungkin resepi xtaulah nak cakap tapi yg pasti memang power sampai teringat-ingat dalam mimpi ekekek

semalam g pasar tapi tengok ade org jual nie so teringat nak mencuba...lek umah buat la....rasanya da sedap dah...cuma rasa daunnya agak pahit sket...nak tau sebab apa..hahahaha lawak je bila fikir...tu la nak tiru sangat org masak tapi xde bakat...

aku baru teringat yg nenek mentua aku penah cakap bahawa nak buat sayur pucuk ubi tu daun tu kena rebus/celur dulu pas tu bley la buat goreng macam biasa...hahahaha aku plak pas tumis segala terus je dengan selamba masuk daun tu ala-ala nak goreng sayur bayam....hah amek ko abis rasa pahit daun ubi tu keluar....

apapun sayur pucuk ubi yg digoreng nie memang sedap tapi kena pedas la..kalau xrasa pedas xda umphh hehehe oklah kalau sesape nak try aku syorkan lagipon nie rasanya makanan org tua...kalau moden2 nie xjumpa....mana tau bila makan ley mengimbas kembali nostalgia..hahaha


BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang merah ~ tumbuk kasar
2 biji bawang putih ~ tumbuk kasar
10 ekor ikan bilis ~ tumbuk kasar
1st sos tiram ~ kalau suka
1st garam
sedikit pati kiub ikan bilis ~ kalau suka
3 biji cili padi ~ ketuk
daun pucuk ubi ~ celur hingga layu

CARA:
  1. tumis bahan tumbuk hingga betul2 garing
  2. masukkan cili padi ketuk
  3. masukkan bahan-bahan lain
  4. masukkan air sedikit atau terpulang nak lebih kuah letak banyak air
  5. masukkan daun pucuk ubi yg telah di celur
  6. kacau seketika
  7. sedia dihidangkan..
http://zaazu.com

No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi