Friday, May 11, 2012

IKAN KERISI goreng berlada..

 nie adalah salah satu menu kegemaran...hihi xtaulah kenapa apa-apa juga masakan berlada cam nie memang aku suke giler...aku mampu untuk menambah ke pinggan yg ke-3 jika tidak dihalang....bese utk masak cam nie  aku suke makan banyak ialah ikan kerisi, ikan sembilang,dan juga ayam....
 apapon nie adalah menu yang paling simple...org yg xterer masak macam aku nie memang seswai sangat lah...hari-hari masak cam ni pon xpe janji pedas...tapi kesian la pulak kan kat hubby dan si kecik tu...so nak xnak kenalah pelbagaikan juadah even xberapa nak reti....
 oklah sesape yg suka masak dan suka makan ikan masak berlada nie silalah masak ye...bukan susah pon..antara sedap dengan idok aje hehehe



BAHAN-BAHAN
ikan yg siap digoreng 
3 sb cilikering
2 biji bawang merah ~ tumbuk halus
1 ulas bwg putih ~ hiris
1 inci halia ~ hiris
1sb sos tiram
2 sb sos cili
garam secukupnya
1 biji bwang besar ~ hiris
sedikit air asam jawa
1/2 st cuka makan ~ jika suka
gula~ jika suka

CARA:
  1. tumis bwg putih + halia hingga naik bau
  2. masukkan bawang merah tumbuk dan goreng sehingga garing
  3. masukkan cili kering dan goreng hingga pecah minyak
  4. masukkan sos tiram + air asam jawa
  5. perasakan dengan garam dan tambah bawang besar
  6. masukkan cuka + gula dan sedikit air jika kuah terlalu pekat
  7. masukkan ikan kemudian gaul sebati
  8. sedia dihidang...



http://zaazu.com

1 comment:

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi