Saturday, July 12, 2014

KUIH TALAM SUJI PANDAN

Selamat petang.....panasnya la kan cuaca sekarang ni....rasa nak minum air sejuk je....lapar xrasa sangat tp tekak perit tu yg rasa macam xboley tahan....huhu

Apa menu hari ni...aku hari ni xmasak....berbuka dirumah MIL...disaat kekeringan idea nak masak apa tup..tup..dapat undangan...bestnya la rasa hehe...cuma sebagai bekalan buatlah juadah pencuci mulut...nak masak lauk kang segan la pulak maklumlah kita ni xpandai sangat masak lauk pauk ni...setakat yg simple dan ikut citarasa tekak sendiri boleh la hehehe

Macam biasa hari2 mesti bertandang ke dapur kak Azie...so terpandang ke kuih talam suji pandan yg nampak menarik tu...bahan2 sume da ada...yg penting mudah untuk disediakan...so apa lagi..menalam la kita...




Sebelom ni dah pernah buat kuih talam suji ni tp versi lapisan atasnya gula merah tu...rasa teringin pulak nak buat kelainan...khabarnya rasanyapon sedap...sebelom nipon cuba resepi dari kak Azie juga dan Alhamdulillah 1st try jadi dengan jayanya.....memang berbaloi2...

Actually dulu rasa kuih2 yg macam ni leceh je nak buat...macam susah je..tp bila da cuba xdelah susah sangat...yg penting mood ok dan ada minat nak cuba..nampak step dia macam banyak je kan tapi percayalah bila kita fahamkan betul2 cara nak buat tu xlah sesusah mana....yg baru2 nak belajarpon boleh buat...so sesape yg xpernah cuba dan ada hasrat nak cuba aku sokong 100%....gerenti jadi


Da try potong...

Huhu loyang kecik tu sebab lapisan bawah jadi tebal

Nak buat kuih tradisional ni kena ada keberanian sikit...biasalah kalau bila kita baru belajar ni kadang2 bukan semuanya membuahkan hasil seperti yg kita nak...akupon dalam belajar buat kuih ke...kek ke masakan ke...banyak kali jugak gagal...xsedap..kurang rasa...lembik...bantat dan sebagainya....so benda2 tu semua org kata lumrah..kalau xjadi cuba lagi...kaji balik sebab apa xjadi..kadang2 ikut 100% resepi xsemestinya hasilnya sama seperti tuan empunya so try n error....yg penting kita kena tau apa yg kita buat...bahan yg kita guna...

Rendam tepung suji dgn air 30 minit

Campur dan kacau sebati bahan lapisan bawah

Kacau sampai pekat

Sampai pekat macam ni

Tuang dalam loyang

Ratakan dan hentak2 sikit

Blend bahan lapisan atas

Panaskan atas dapur hingga sedikit pekat

Lapisan bawah yg da siap kukus

Lorek2 kan dengan garfu

Tuang laipsan atas sehingga penuh

Da siap masak

Tunggu sejuk ye baru potong...

Untuk resepi ni aku dapat la satu loyang 4 segi saiz 8"... sebenarnya kalau guna loyang saiz ni kecik sikit dan adunan tu akan jadi penuh...ngam2 satu loyang tu...kalau rasa susah nak angkat sebab penuh sangat boleh guna loyang 9"...loyang tu di sapu minyak dulu kemudian alas dengan plastik supaya nanti senang nak angkat keluar....nak dapat potongan cantik kena sejukkan betul2 dulu baru potong guna pisau plastik...kalau potong masa panas2 memang xcomey la jadinya....so kalau nak makan cepat kena la buat awal supaya kuih boleh disejukkan betul2....

Oklah kalau sesiapa nak cuba boley la tengok resepi dibawah ye....

BAHAN - BAHAN

BAHAN LAPISAN BAWAH

Bahan A:
1 1/2 cawan tepung suji
450ml air

Bahan B:
1 cawan gula halus
2 biji telur
200ml santan pekat
250ml air
Pewarna kuning
1/2 st esen vanila ~ aku tambah

CARA BUAT LAPISAN BAWAH :

  1. Rendam bahan A lebih kurang 30 minit
  2. Satukan bahan B kedalam bekas dan kacau sebati kemudian tapis ke dalam bahan A tadi...
  3. Masakkan atas api sehingga pekat dan keras sedikit...adunan akan nampak cam terangkat sikit bila kita kacau
  4. Tutup api dan ratakan dalam loyang saiz 8" yg telah disapu minyak dan dialas dengan plastik
  5. Hentak2 sikit loyang agar adunan padat dan rata
  6. Kukus dalam 25 minit
LAPISAN ATAS

1 1/2 cawan tepung gandum
4 biji telor
1 cawan santan pekat
2 cawan air blend dengan 5 helai daun pandan dan tapis
1 1/4 cawan gula halus ~ aku guna 1 1/2 cawan
1/2 st garam
Pewarna hijau
1/2 st Esen vanilla ~ aku tambah

CARA:
  1. Blenderkan semua bahan lapisan atas sehingga sebati
  2. Masak dalam periuk atas api sederhana hingga adunan memekat tp xterlalu pekat ye....kiranya adunan tu dah xberbuih2 dan agak berkilat..kacau sentiasa agar tidak berketul....
  3. Da siap tiangkan ke dalam adunan bawah tadi..sebelom tu lorekkan dengan garfu agar adunan atas melekat bila dikukus...jika ada air just lap2 dengan tisu dapur...
  4. Kukus lagi lebih kurang 30 minit atau sehingga masak...
  5. Sejukkan sebelum dihidang dan dipotong
Untuk resepi asal boleh ke sini ye

















6 comments:

  1. saya amik resepi akak yer... nak cuba...

    ReplyDelete
  2. cmna ek..bapa nk jadiksn sukatan air tu kpd cawan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 250ml air tu lebih kurang dalam 1 cawan suku air...suku tu lebih sikit je....

      Delete
  3. salam kak.kalai guna santan kotak camner yer..kena campur air ke pada santan kotak tu utk lapaisan atas n bawah.tq -itah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu xcukup sukatannya boley je tambah air..biasa satu kotak yg 200ml tu ngam2 satu cawan..

      Delete

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi