Monday, November 22, 2010

Pais Ikan Patin


Seekor ikan patin saiz sederhana di bersihkan dan di kelar-kelar...xpayah potong ye..just buang perut jek

2 ulas bawang merah

5 ulas cili kecik- aku taruk lebih sebab nak pedas

sebatang serai di hiris halus

sedikit halia

2 inci kunyit hidup

3-4 sudu besar tempoyak baru- jgn la guna tempoyak yang da lama t masam xsedap tau...

2 helai daun kunyit

bunga kantan dihiris halus- yg nie kalau xdepon xpe...resepi asal xletak

daun kesum di hiris - yg nie pon sama..resepi asal xletak

cara:-

  1. tumbuk cili+bawang+serai+halia+ kunyit+garam
  2. gaulkan dengan tempoyak
  3. lumurkan di keseluruhan ikan
  4. taburkan bahan hiris
  5. balutkan dengan daun kunyit
  6. balut sekali lagi dengan daun pisang kalau nk lebih berkuah balut dengan aluminium foil...
  7. boleh di bakar atau dikukus hingga masak- resepi asal memang bakar tapi aku selalu kukus coz rempah dia xlah kering dan sedap di makan..kalau bakar dia kering sket

No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi