Monday, March 14, 2011

Apam Mekar..semekar senyuman ku..

Emh nie adalah gambar lama sebab apam nie da lama gak la aku buat.lama tak lama pon dalam tahun nie jugak lah...saje je nak share sebab kalau xmasukkan dalam nie nanti payah plak nak cari resepinyer kan...senang-senang nak buat terus je rujuk sini...

1st try memasng menjadi..saje jek buat kaler-kaler yg meriah nie..hahah takot org nak makan kan..by the way memang best sangat...jom arr try..resepi asal amek kat KR-Discussion..kat sini pon da tepek sekali lagi resepi nie...

Apam Mekar

Bahan:-

3 cwn tepung gandum
4 biji telur
2 cwn gula pasir
1 cwn air aiskrim soda
1 sudu teh esen ros* x isi juz isi esen vanilla jek
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalette
sedikit pewarna (ikut suka)

cara2:
- Pukul telur, gula & ovalette hingga kembang.
- Masukkan tepung & baking powder. Kacau sebati.
- Masukkan air aiskrim soda & esen ros. Kacau lagi.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang anda suka & letakkan pewarna.
- Masukkan adunan berselang-seli ke dalam cawan cupcake..letak dlm loyang pon boley..
- Kukus 15-20 minit. Kalau guna loyang, kukus selama lebih kurang 30-40 minit atau hingga masak.

*Jangan lupa balut penutup pengukus dengan kain supaya air wap tak menitik ke atas apam.

No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi