Friday, December 23, 2011

ASAM PEDAS daging....

Asam pedas nie memang la sedap ditambah dengan aroma daun kesom..membangkitkan selera. setahu aku asam pedas nie ada berbagai versi dan cara nak masak...sebab dulu aku dok johor asam pedas dia lain...xsama dgn asam pedas yg family aku selalu masak...lain tu bukannya apa..kalau Johor aku tengok dia ada tambah daun limau purut..tapi yg bese aku buat xletak just letak daun kesom atau bunga kantan...kalau asam pedas kelantan camana ye..hehehe sudah semestinya manis sebab diorg suka letak gula..tokse pedas katanya... :)
hehe sebenarnya ni barulah 1st time buat daging masak asam pedas dan sebelom nie kalau buat asam pedas berasaskan ikan jek..ayam atau ikan memang langsung xterfikir nak buat sebab takut xsedap....

tapii kan memang sedap la buat pakai daging...nak plak daging segar...tapi yg nie hubby aku cakap terrpedas sket..bagi aku okey jek..namapun asam PEDAS kan..mestilah kena pedas..cuma aku rasa kalau buat lagi pekat musti lagi sedap...yg ini agak cair sedikit sebab terlebih air..kalau aku buat pekat gerenti hubby aku xley makan sebab pedas yang amat...
pepun layann...

BAHAN-BAHAN:

1 mangkuk daging dihiris dan dibersihkan
1/2 inci halia--tumbuk
1/2 inci kunyit--tumbuk
2 biji bawang besar--tumbuk
1 biji bawang putih--tumbuk
3 sb cili kering--kisar
daun kesom + bunga kantan--kalau suka
2 sb air asam jawa
1 cawan air
garam + serbuk perasa jika suka
lobak/bendi/terung/tomato--ikut suka nak letak yg mana

CARA:
  1. tumis bahan tumbuk sehingga garing
  2. masukkan cili kering dan tumis hingga pecah minyak
  3. masukkan air secukupnya--agak-agak la nak banyak mana
  4. masukkan daging dan bahan-bahan lain
  5. perasakan dengan garam dan masak sehingga daging lembut
  6. sedia utk dihidangkan

No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi