Friday, December 23, 2011

ROTI CANAI

menu sarapan pagi tadi...hehehehe tapi semalam aku dah buat adunan nie...
nie semasa nak buat adunan tu..tengoklah xsama besar aku buat dan yg pastinya kena buat lebih kecik dari nie bulat2 tu sebab yg macam nie akan besar kejadiannya nanti..
dah boleh digoreng...aku perap semalaman..malam buat pagi baru goreng
minggu lepas aku pergi ke kedai buku dan terjumpa la satu buku masakan nie...cam menarik la dia punya resepi..buku tu berjudul 'belajar memasak 2' tulisan oleh NORZAILINA NORDIN...aku tertarik tengok step by step camana nak buat roti canai...hehe time tu 3 buah buku aku borong...semua buku tentang masakan....

sebelom nie memang aku xpernah buat roti canai..nak menebarnya pon aku xreti...puas la aku ngan hubby aku gelak time nak menebar tu...jadi macam apa jek roti tu...last-last main tarik-tarik je la...hubby aku kata 'kita nie xde bakat la yang...baik makan kat je la kedai lagi sedap'..

aku tau memang aku nie xde bakat tapi naluri ingin mencuba tu meronta-ronta...jeless tengok org lain buat dengan baik dan cantik..so aku xkira..jadi atau tak aku tetap ingin mencuba...xsalah kalau mencuba kan? tapi dalam hati aku kata bosanlah buat menda alah nie xjadi-jadi...bila dah masak xlembut cam kt kedai sebab tebal je roti tu... hehehe lawak la..

tapi yg pasti roti yg ditebar vs roti yg ditarik cam aku nie jauh beza kelembutannya...kalau sape yg pandai tebar sure roti dia jadik lembut dan sedap...pepun yg pastinya...lambat lagi la aku buat roti canai for the 2nd time...hahaha tunggu la aku g kursus menebar roti baru aku buat :)
nie roti yg da siap tunggu masa nak dimakan jek...agak tebal sebab aku xtebar...aku tarik-tarik jek..dalam aku isi gula dan mentega konon nak buat ala-ala roti Bom gitu...

oklah kat sini aku letak resepi yg ada dalam buku nie just for reference dimasa akan datang
tapi untuk aku nyer adunan aku xletak minyak sapi sebab xde kat umah so aku ganti dengan marjerin...

BAHAN-BAHAN:

500gm tepung gandum
280 - 300 ml air
1 biji telur
2 sb susu pekat manis
2 sb minyak sapi
garam secukupnya
minyak masak

CARA:
  1. campurkan susu pekat + telur + minyak sapi ke dalam tepung dan gaul rata
  2. tambah air sambil uli hingga sebati dan menjadi doh
  3. uli doh hingga lembut dan bulat-bulatkan
  4. lumurkan doh yg telah dibulat2kan tadi dengan minyak dan minyak sapi
  5. tutup dan simpan dalam bekas 4 jam atau semalaman
  6. bila nak goreng keluarkan doh tadi dan renjiskan minyak sambil tekan dan leperkan doh
  7. tebar atau tarik kelilingnya hingga menjadi nipis
  8. bentukkan ikut suka nak bentuk macamana
  9. goreng dengan sedikit minyak di atas kuali leper hingga masak

No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi