Saturday, December 24, 2011

DAGING goreng kicap...

hehe xjemu-jemu makan daging kan...aku memang suka sangat makan daging..lagipon ari tu hubby aku beli sampai sekilo...nak tak nak kena la habiskan sebab kalau simpan lama-lama xsedap...setiap kali masak mesti nak kena bubuh daging agar cepat habis...dalam sayur la...daging masak sambal la..masak asam pedas la...kicap la...lelama muak tengok daging nie...
bese aku masak daging nie cara yg sama je xreti la nak masak camana lagi...kadang2 tu xsempat nak menengok resepi so buat aje la yg mudah-mudah...kalau kita nie surirumah full time pon lom tentu sempat nak masak yg gempak...apatah la lagi kalau yg bekerjaya macam aku nie ha...nak makan pon xsempat...kelam kabut dengan kerja...

aku dah bagitau siap2 ngan hubby..kalau nak makan tengahari kt umah sebelom aku balik dari sekolah tu tolonglah masak nasi dulu dan siang ikan t aku balik cepat sket kerjanya...kalau xnak makan bgtau awal2 senang aku ley makan kat kantin jek..sib baik la boleh berkompromi...

gambar nie adalah daging masak kicap 4 lunch..dah masuk segala sayur dalam tu so xpayah masak sayur lain dah..buat banyak2 kang xhabis..sayang la kan....pepun layan je la--makan itu nikmat

BAHAN-BAHAN:

1 ulas bawang putih--cincang
2 biji bawang merah--hiris bulat
1/2 inci halia--hiris
lada benggala--hiris
kobis bunga--potong kecik
2 sb cili kering
3 sb kicap
1 sb sos tiram
1/2 sb serbuk kunyit
kulit kayu manis
garam + serbuk perasa
lada hitam--kalau suka

CARA:
  1. campurkan cili kering+ sos tiram + serbuk kunyit + garam + lada hitam ke dalam daging
  2. tumis bawang putih + halia + kulit kayu manis sehingga garing
  3. masukkan daging yg diperap tadi
  4. masukkan bahan-bahan lain beserta dengan kicap
  5. kacau rata dan tambah air jika ingin berkuah
  6. masak dengan api perlahan sehingga daging empuk


No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi