Monday, December 26, 2011

NASI AYAM yang mudah...

Ada lagi seminggu je tinggal cuti..pas tu dah kembali sibuk dan menyibukkan diri hahaha ntahlah hati nie sebenarnya berat je nak masuk sekolah balik...maklumlah dah lama bercuti...bersantai...berfoya-foya..dan bermalas-malasan kat umah nie kan..adehhh malasnya!!apapun rutin aku utk memasak dah makin kurang la...xtau la sempat ke idok nak cuba reepi-resepi baru...

oklah utk lunch ari nie aku masak nasi ayam je..aku nie bukanlah pakar masak nasi ayam nie walaupon sebenarnya ia adalah salah satu masakan yg mudah utk disediakan...aku penah la buat nasi ayam 2-3 kali dan pada aku yang kali ini adalah yang paling best setakat ini la..hopefully next time bley buat yg lagi menarik...

nasi ayam aku nie simple sangat dan bahan yang digunakan tu pon yg basic aje...xdelah tambah pepe yg lain dari yang lain...cuma sambal dia aku masak sebab aku xsuka rasa cili yang baru pas kena blender tu..dia ada rasa macam..ntahlah susah nak gambarkan...pepun kalau kita masak cili tu make sure lebihkan gula so sambal tu akan jadi lebih seimbang dia punya rasa dan of course la sedap...
nie ayam yg telah siap dogoreng..yg sebelah tu dah licin dikerjakan oleh kami bertiga...sedap

kalau tengok ayam tu seketul2 kan... sebabnya aku suh hubby aku li ayam..tapi aku lupa nak pesan supaya jangan potong ayam tu..balik je umah aku tengok dah siap potong da...xkisahlah...buat cam nie pon ok jugak lagi senang sebab xpayah nak potong-potong..ley terus je hidang cam tu kan...

aku pernah la jumpa org masak ayam nie xrebus dulu...nie kat kantin sekolah lama aku la..ayam tu pas siap basuh dia xrebus tapi terus je perap dan goreng...emmm sedap juga dan aku memang suka sebab dia xkeras...hubby aku kata xsedap cam tu sebab ayam dia cam lembik...apapon terpulang pada citarasa memasing...
oklah terus kepada resepi...tengok dibawah ye..

nie rupa ayam yg telah direbus dan diperap...

BAHAN-BAHAN ( utk rebus ayam)
ayam dibersihkan dan potong--suka hati nk potong camana biasa org potong 4
2 inci halia--diketuk
2 biji bawang putih--diketuk
garam secukupnya
air secukupnya
kiub pati ayam--jika suka

UNTUK PERAP:
2 sb sos tiram
2 sb kicap
1/2 st garam halus

CARA:
  • Setelah ayam siap direbus,keluar dn toskan
  • masukkan semua bahan perap dan gaul sebati
  • biar ia mesra baru digoreng atau boleh juga dibakar...
  • lebihan kicap yg perap ayam tu jangan dibuang...masukkan dalam periuk dan tambahkan air sup dan masak hingga mendidih dan pekat..ley tuang atas ayam apabila ayam da siap digoreng atau dibakar..
nie la sambal dengan sup yang telah siap di buat...sedapnyerrr
BAHAN UTK SUP:
bunga lawang
kulit kayu manis
cengkih
sup bunjut
daun sup--hiris
2 biji bawang besar--hiris
2 biji bawang putih--hiris
1/2 inci halia--hiris
sekeping asam keping
kiub pati ayam
bawang goreng
garam untuk tambah jika sup tidak masin

CARA:
  • Tumis bahan rempah,bawang putih dan bawang merah serta halia sehingga garing
  • masukkan kiub pati ayam kalau suka
  • masukkan air rebusan ayam beserta ayam yang telah dipotong kecil atau tulang-tulang ayam serta asam keping dan sup bunjut
  • rebus sehingga mendidih dan perasakan dengan garam
  • masukkan daun sup dan bawang goreng
  • sedia dihidang
UNTUK SOS/SAMBAL:
3 biji lada besar
3 biji lada kecik--utk pedas
1 ulas bawang putih
4 sb cuka makan
1 st garam halus
4 sb gula

CARA:
  • Blender semua bahan hingga sebati kecuali gula
  • masukkan dalam periuk dan tambahkan 1/2 senduk air sup atau air rebusan ayam
  • masukkan gula dan masak hingga mendidih dan sambal agak pekat
BAHAN UNTUK NASI:
beras--ikut suka nak masak banyak mana
2 helai daun pandan--simpul
2 sb mentega
1 ulas bawang putih--hiris
1 biji bawang besar--hiris
1/2 inci halia--hiris
1 st garam
air sup atau air rebusan ayam secukupnya

CARA:
  • tumis bahan-bahan hiris sehingga garing
  • masukkan daun pandan dan garam
  • masukkan 1 atau 2 senduk air sup atau rebusan ayam dan kacau sebati
  • tuang ke dalam beras yang telah siap dibasuh
  • masukkan serbuk kunyit dan kacau sehingga sebati
  • tambahkan air sup atau rebusan ayam mengikut sukatan beras
  • biarkan nasi masak...
BAHAN HIASAN:
timun hiris,salad atau kobis
http://zaazu.com

No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi