Monday, December 12, 2011

NASIK LEMAK yang kurang lemak....

untuk tengahari nie kami sekeluarga makan nasi lemak je...sebenarnya aku dah boring xtau nak masak apa so senang cerita sekalikan sarapan pagi dengan makan tengahari = NASI LEMAK hehehehe

sekali sekala apa salahnya..time cuti cam ginilah baru aku ada masa yg banyak untuk masak macam-macam...lagi satu xseronok nak masak banyak sebab xde org nak makan..yg susahnya aku jugak yg kena habiskan...huhuhu xmo

sambal tumis yang sudah siap....sedapnyer

wat telur goreng aje...
nasi lemak

BAHAN-BAHAN SAMBAL TUMIS:

segenggam ikan bilis yg siap dibelah
3 sb cili kering
2 biji bawang merah ditumbuk
1 biji bawang besar dihiris bulat
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 inci halia dihiris nipis
4 sb air asam jawa
garam+gula secukupnya
4 sb minyak masak

CARA:
  1. goreng ikan bilis sebentar sehingga sparuh masak--kalau suka garing ley biar lama sket
  2. ketepikan ikan bilis dan guna minyak yg sama tumis bawang tumbuk+ halia hiris hingga garing
  3. masukkan cili kering dan goreng sampai pecah minyak
  4. masukkan ikan bilis tadi+bawang besar hiris+air asam jawa dan kacau sebati
  5. masukkan garam+gula secukupnya dan gaul lagi
  6. sedia utk dimakan



No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi