Sunday, December 11, 2011

PIZZA homemade.....bestnyerr

nie la sos yang aku guna..aku guna yg cendawan tu..sedapnyer..xpayah tambah apa-apa pon sedap...utk kali nie aku tambah daging dan cendawan butang hiris...marvelessss
sos yg dah ready utk digunakan..
pizza lom dibakar lagi...
dah siap tinggal utk di makan aje..
yum...yum....

untuk resepiley semak disini ye...

BAHAN-BAHAN:

250gm tepung roti / high protein
1st bread improver
1st bread softener
1 sb gula halus
1 biji telur
2st yis
120ml air
1sb susu tepung
1sb mentega

CARA BUAT DOH (uli pakai mixer)
  1. masukkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan kecuali mentega dan air
  2. gaulkan sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit
  3. apabila sudah menjadi doh baru masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi kental dalam 15 minit
  4. keluarkan doh dan picit-picitkan doh dan uli dengan tangan lebih kurang 5-6 minit
  5. uli semula meggunakan mixer tadi dalam 5-6 minit
  6. perap doh sehingga kembang 2x ganda
  7. keluarkan doh dan tumbuk buang angin
  8. leperkan dan letak dalam loyang
  9. cucuk dengan garfu bagi doh tidak gelembung dan biarkan 5 minit bagi doh naik sedikit
  10. bakar dulu lebih kurang 8-10 minit keluarkan barulah isi dengan topping yang disukai
  11. bila sudah siap susun topping bakar semula pizza 20 minit lebih kurang atau sehingga masak 180c
  12. sedia di makan....
SOS UTK TOPPING MY STYLE:
  • cincang 2 ulas bawang putih dan tumis hingga garing
  • masukkan 1/2 tin sos spaggeti cendawan KIMBALL beserta daging yg telah dicincang halus
  • gaulkan sebentar kemudian masukkan cendawan butang yg telah dihiris
  • masak sehingga sebati, sejukkan dan sedia digunakan...
BAHAN UTK TOPPING:
  • lada benggala hiris
  • bawang besar hiris
  • sosej hiris
  • cendawan butang
  • keju mozarella parut

No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi