inilah menu yang membuka selera time dah xtau nak masak apa...hehehe aku suka je makan nie kalau xhabis ley simpan t ley panaskan dan buat cicah dengan cekodok kosong ataupon roti...
mengikut pengalaman aku bersama dengan teman-teman yang terdiri daripada pelbagai negeri nie...ade bermacam cara diorang buat dengan ikan sardin nie...ade yang suka masak cam nie...ade yang suka masak cam tuh...emmmm.. apapun cara aku masak sardin adalah begini dan aku suka cara ini dari dulu hingga selamanya...
ikan sardin nie sebenarnya selain daripad goreng macam aku nie...sedap jugak bila dibuat gulai lemak cili api...tak percaya cuba la try...sedap tau...oklah nak tengok cara aku masak ley lihat dibawah ye...
BAHAN-BAHAN:
1 tin ikan sardin kecik
2 sudu makan cili kering kisar
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1/2 inci halia -- xisi pon xpe
1 keping asam keping
2 biji kentang dibelah 4
1 biji tomato dibelah 4
5 biji cili padi
garam+serbuk perasa
CARA:
- tumbuk bawang putih+bawang merah+cili padi hingga hancur kemudian tumis hingga wangi
- masukkan cili kering dan tumis sehingga pecah minyak
- masukkan ikan sardin beserta kuahnya dan gaul sebati
- tambah air+garam serta bahan-bahan lain
- perlahankan api dan biar ia merenih hingga kentang empuk
- sedia dihidangkan panas-panas....
No comments:
Post a Comment