Friday, December 6, 2013

KUIH TALAM TOKYO gerenti sedap

Kuih setelah dipotong..belum betul2 sejuk lg ni
Salam...bersiaran semula..hihi cuti2 ni banyaklah kesempatan nk cuba pelbagai resepi yang xpenah dicuba....kalau tengok kat dapur mereka yang pakar dah berkurun diorang buat dan menjadi2 je...aku ni beselah ketinggalan keretapi...xpe la asalkan berpeluang nk mencuba...

Petang tadi aku memulakan projek membuat kuih Talam Tokyo yang memang terkenal dgn kesedapannya yang xterhingga....bagi penggemar kuih talam memang sesuailah...ni la 1st kuih talam yang penah aku buat...alhamdulillah menjadi juga...cuma beselah kalau bukan pakar mesti la ada yang salah n silap....silap pun bukan apa cuma tekstur yg bahagian atas agak lembik cket sebab air dari penutup kukus tu...

Even aku dah lap dengan kerap tetap macam basah2 atas dia...mula2 tu balut dengan kain penutup tu tp lg teruk air bertakung...tp lembik bukan semua la...bahagian yg banyak terkena air je...xpelah rupa xcantik tapi rasa memang best....

Sagu setelah dibasuh dan direndam

Dah siap dikukus

Resepi ni aku copy dari dapur Azie kitchen....katanyer diapon amek dari chef Asma....memang berbaloi buat...aku dapat 2 loyang kecik tu yg saiz 8 dan 7 inci...nk buat pakai loyang besar xmuat pengukus..hihi
Isi lapisan atas pula

Dah siap kukus tp permukaan xcantik sgt

Nak cantik potong setelah betul2 sejuk kuihnya

Xsabar nk makan ni...

Boleh improve lagi lain kali buat...

Aku xde ubah apapon cuma air abu or air kapur tu aku xletak....sebab dua2 benda tu langsung xde kat umah ni...pas ni boley la buat lagi sebab sedap sangat....banyak aku makan...sebab bawah tu bukan pulut jadi xdelah rasa kenyang klu makan banyak...si anak dara tu makan yang bahagian atas je..aduii la kan...

Oklah untuk resepi boley tengok kt bawah ye...tq pada empunya resepi...nk copy paste kt dapur kita plak...kalau resepi sedap cam ni wajib di buat banyak kali....resepi asal ley tengok kat sini ye

BAHAGIAN BAWAH:
300gm sagu kecil ~cuci n rendam 30 minit
60gm so un ~rendam 30 minit
1st garam
100ml santan pekat
300ml air
100gm kelapa parut putih~lg sedap guna kelapa yg muda cket

CARA:

  1. suun yg direndam potong halus2
  2. Campurkan semua bahan dan masukkan ke dalam loyang yg telah dialaskan plastik
  3. Lagi elok loyang disapu mibyak sedikit untuk elak kuih lekat
  4. Kukus 30 minit hingga masak
  5. Keluarkan dan tekan2 cket dengan sudu
BAHAN ATAS:
4 biji telur
300gm gula halus
400ml santan pekat
400ml air daun pandan
100gm tepung kastad
1st garam
Pewarna hijau
1st air kapur/air abu ~xletak

CARA:
  1. campurkan semua bahan dan blender hingga sebati
  2. Tuang dalam periuk dan Masak atas dapur hingga naik wap
  3. Tuang ke atas lapisan sagu tadi dan kukus lagi hingga masak dalam 30 minit
  4. Aku masak lebih 30 minit sebab atas still lembik so ley lebihkan masa
  5. Sejukkan betul2 baru ley potong








15 comments:

  1. wow!nampak mcm sedap jer,nanti2 nk try jugak lah

    ReplyDelete
  2. Nmpk enak nanti nk try btlh ...trmksh

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak hingga berwap je.....biasa masa panas mmg lembik sikit..kna tunggu sejuk bru lapisan atas tu jd kental...tp bila dah sejukpon lembik..mybe sukatan air terlebih...

      Delete
  4. Sy selalu buat tp bhgn atsnya trlalu lmbk. Nk mask bancuhannya tu smpai pkat atau sekadar panas je dan masih cair?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam...bese saya buat just panaskan sampai naik wap je xdelah sampai mendidih...memang yg atas tu akan lembik kalau terkena air dr tudung pengukus...pas masak kena bukak tudung dan buang air yg bertakung atas kuih tu...nanti bila kuih da sejuk insyaAllah ok je tekstur dia...

      Delete
  5. As Salam.. Gula halus tu.. guna gula apa yah? Gula kastor kah? Tq

    ReplyDelete
  6. saya guna gula pasir biasa yang di blender

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Saya kukus guna api sederhana kuat....klu perlahan sgt nanti air wap akn bertangkung terlalu byk menjadikn atasnya lembik...klu kuat sgt nanti permukaan xrata....

      Delete
  8. dari gambar saya dapat simpul kan yang bahagian atas cair sikit...pekat kan sikit lagi adunan...insyaAllah kuih akan keras..macam mana sy tau?selalu nye kalau adunan dah masak, buih2 yang dalam adunan tu akan kurang...tu cara saya nak tau adunan tu dah masak...n x terlalu cair...tapi sebenarnya kalau masak pakai tepung kastard x kisah kalau terlalu lama masak atas api, cuma permukaan kuih x lawa sebab nnti die akan berketul...tp lebih elok berketul dari bahagian atas lembik kan?

    lepas masak mmg akan ada air betakung sebab air jatuh atas permukaan talam..jangan risau just lap dengan tisu masakan atau panaskan kuih dengan penutup pengukus dibuka.

    maaf mengganggu...saja kongsi pengalaman menalam ... mmg =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq info.... Saya mmg xmahir sgt buat... Baru me cuba juga

      Delete
  9. Ya betul tu Anony, saya pun buat cm tu jugak

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi