Sunday, June 15, 2014

ketam masak cili mudah


Salam....lama xbersiaran...banyak benda nk kena buat...cuti2 ni lagi la kan....utk lunch hari ni just masak simple je...menu utamanya ialah ketam masak cili pedas....

Aku memang suka giler makan ketam...memang la leceh n payah..klu nk makan kena ratah gitu je baru puas..klu makan ketam sambil makan nasi memang berjam2 la...tapi tu la...kt sini nak dapat ketam segar memang mimpi je la...yg ada memang sure ketam yg dah lama...hargapon mahal..emmm nak xnak itulah dia...Masak macam ni memang ringkas dan sekejap je...tengok2 dah tinggal kulit...heheh

Oklah resepi ni sesuai utk ketam yg dah lama..kalau yg baru2 tu xpayah rebus isi macam2...rebus kosongpon da memadai...

BAHAN-BAHAN:

Untuk rebus ketam:

3 ekor ketam ~ cuci bersih dan belah dua
1 batang serai~ titik
2 ulas bawang putih ~ ketuk
2 inci halia ~ ketuk
Sesuku pati kiub ayam
Garam
Air secukupnya ~ xperlu banyak2

Untuk masak sambal cili:

1 batang serai ~titik
3 ulas bawang merah *
2 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3sb cili kering blender
1/2 inci belacan*
1 biji tomato*
1sb sos tiram
1sb sos tomato
2sb sos cili
1/2 sb kicap
Sedikit cuka makan
2sb air asam jawa
1/2 sb gula
Garam
Sedikit air
Daun sup & daun bawang hiris

CARA:

  1. Rebus ketam bersama semua bahan hingga ketam masak...xperlu lama2 sangat..tos dan ketepikan
  2. Kisarkan bahan bertanda * hingga garing dan wangi
  3. Masukkan cili kering blend dan serai kemudian tumis lagi hingga betul2 masak
  4. Masukkan gula dam semua bahan lain kecuali air..kacau hingga sebati
  5. Masukkan air sedikit jika ingin sedikit berkuah tp jangan terlalu banyak
  6. Rasakan masam manisnya kemudian baru masukkan ketam rebus tadi dan gaul bagi sebati
  7. Taburkan daun sup dan daun bawang kacau hingga semua kuah bersalut rata
  8. Sedia dihidang...
**Serius memang sedap..kalau suka pedas ley tambah lagi cilinya....

No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi