Tuesday, September 9, 2014

RENDANG AYAM MINANG sedap

Selamat pagi....da sarapan ke...kita baru siap buat sarapan...hari ni lewat sikit gara2 dua2 si kembar tu demam dan merengek je sepanjang malam bawa ke pagi ni....merengek bukan apa diorang ni kalau xsilap kena cengkering...habis kuar bintik2 kat badan....badan panas je...bagi air kelapapon xmo minum..habis diluahkan balik...letak dlm susu diorang air kelapa tu pon langsung xmo minum...alahai la budak ni kan...



Hari ni sarapan pulut kuning dengan rendang tulang ayam....hahaha rendang tulang je sebab kita guna 2 ekor rangka ayam utk buat rendang ni...saja2 guna rangka sebab kita suka bahagian tulang...kalau bahagian isi ni lemah sikit nak mengabiskan nya...lagipon nak makan kuah yg lebih..isi tu belakang kira heheh

Rendang tu semalam buat...pulut tu hari ni baru kukus...memang serasi la gabungan rendang dan pulut...memang xsedar je makan...resepi rendang yg sedap ni aku guna resepi yg sama sebelom ni iaitu resepi dr kak Azie kitchen...rasanya aku dah jatuh cinta dgn resepi ni..memang akan guna resepi ni je la sebab sesuai dgn tekak aku...

Oklah utk resepi rendang boley tengok di sini ye...utk pulut resepi di bawah

BAHAN-BAHAN :
2 cawan pulut
1 1/2  cawan santan ~ anggaran je
1/4 sk garam
2 helai Daun pandan
Asam keping
Serbuk kunyit sikit

CARA:
1. Basuh pulut dan rendam dengan serbuk kunyit dan asam keping semalaman...
2. Basuh beras dan toskan...
3. Ratakan pulut dalam loyang dan letak daun pandan di siat2 serta siram santan yg di letak garam hingga separas je pulut tu...jangan banyak sangat santan nanti lembik...
4. Kukus dulu dlm 20 minit....
5. Kuarkan dan gaul pulut tadi bagi rata kemudian kukus semula 1/2 jam
6.da siap bolehlah sejukkan dan di makan...

Resepi asal rendang ni boleh tengok kat sini ok...

2 comments:

  1. terliurnya tengok rendang ayam minang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la buat memang xmenghampakan..salah satu variasi rendang yg patut dicuba :)

      Delete

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi