Wednesday, October 8, 2014

Kek Aiskrim dan Swiss Roll Coklat

salam siaran...da lama xupdate...rajin gak baking n memasak lately ni tapi semua2pon xsempat nak amek gambar...hehehe oklah baru ni buat kek Aiskrim tapi bukan utk makan sendiri..ada org tempah dah nilah 1st time buat...puas lah dok google step by step nak buat kek ni...memang renyah tapi sebenarnya jika tahu teknik dan caranya mudah je....

aku buat kek aiskrim ni ikot satu tutorial yg di google....aku tengok kt sini...memang mudah caranya dan penggunaan kek hanyalah di dasar je..kat atas n sekeliling xperlu letak..kalau ikut kat blog Rahel ni lain plak caranya...dia letak keliling...dasar dan atas dan aiskrimnya di tengah2...pon boleh jugak..terpulang yg mana berkenan...dua2 ada kebaikan dan kelebihan...kt blog nipon sama gak..kalau kat blog che Mat lagi la...kek aiskrimnya 2 layer tu...hahaha sebenarnya kita boleh olah kek ni ikut kesesuaian dan citarasa sendiri..kalau nak nampak aiskrim lebih banyak kurangkan ketebalan kek dan penggunaan kek...aiskrim ni kalau dah set dalam peti seharian..xperlu letak apa2pon dah ok tapi tu la bila kt luar cepat cair...kalau just sapu keliling dengan fresh creampon ok gak...sama je ngan kek aiskrim kt kedai tu ha...kat dasar seeloknya letak la kek span sikit..

hasilnya xdapatlah nak dipotong kan....tapi kalau dah namanya kek aiskrim mestilah sedap...pilih je perisa kegemaran...waaa kalau makan time cuaca panas tu memang nikmat xterkata...di tambah lagi dengan lelehan filling dan salutan cream...emmm sedap..sedap..heheh nanti nak buat lagi utk diri sendiri...b4 ni xyakin nak buat kek ni..bila dah buat xdelah susah mana cuma aku ni memang xreti la nak deco bagai..
ni kek yg dah dihias dengan fresh cream..atas tu just letak filling kiwi dan susun buah peach dalam tin...comot sebab cream tu baru sapu dah letak buah yg berat tu..

ni kek dan aiskrim yang dah disatukan...tepi bahagian bertindih tu just sapu2 dengan aiskrim tu bagi rata...

kena betul2 keras semalaman dalam peti baru la boleh letak cream...


xpandai nak deco cantik2 :(

susun buah ikut sukahati ye

pastikan lepas sapu cream biarkan 2-3 jam baru susun buah kalau x mesti comot macam kek aku ni...

lebihan kek buat swiss roll..cadang nak letak kek ni keliling loyang tak jadi la pulak..

dalam dah sapu cream n letak filling sikit..gulung dan wrapping pas tu simpan daam peti semalaman...


lebihan kek dan cream tu aku buat swiss roll memang sedap giler sebab kek ni memang teksturnya lembutttt sangat...tp yg lecehnya kek ni agak lekat kt loyang...kena tolak2 ngan spatula supaya tertanggal...xtau nak buat camana dah...alas dengan baking paperpon sama...xpe..xpe next time kita cuba lagi bagi berjaya....mungkin ada salah n silap kt memana..maklumlah kan 1st time mencuba...takkan nak terus perfect kan...lagipon aku ade tersalah sukatan...da salin resepi tapi mata kelam bila time nak buat sebab dah lewat n mengantok huhuhu...swiss roll ni just gulung2 dan wrapping letak dalam peti baru potong ye...

oklah kita intai2 dulu resepi ni ye...resepi ni aku amek kat dapur Ucubakery dan katanya dia amek resepi dr buku The Joy Of Baking..resepi ni namanya kek Golden Chiffon . aku gandakan adunan...kek ni sangat lembut macam kek span tu...kalau nak buat kek aiskrim ni utk dasar tu ley je letak apa2 kek...kalau kek colat biasa tu pon boleh dan lagi bagus sebab kalau guna kek span... cecair aiskrim tu cepat menyerap....kalau nak dapatkan kek yg tahan lama sikit la di suhu luar ley gunaka kek biasa2 je...cam tu la review yg pernah aku baca dr pakcik google...akupon kurang arif utk menerangkannya...maaf !!


BAHAN - BAHAN KEK

Bahan A
55 gm butter
55 gm tepung kek * aku tambah serbuk koko dalam 30gm dan kurangkan sukatan tepung 30gm gak
60 gm susu segar
5 biji kuning telor (A)
1 biji telor
1/2 st esen vanila

Bahan B
5 putih telor (A)
110 gm gula
1/2 st cream of tar tar


Cara-cara

  1. Cairkan butter dalam periuk, padamkan api dan masukkan tepung kek sedikit sedikit -kacau...Biarkan sejuk
  2. Masukkan sedikit demi sedikit - 1 biji telor + telor kuning, susu segar, esen vanilla - teruskan gaul dengan senduk
  3. Putar bahan B sehingga kembang
  4. Masukkan bahan A kepada Bahan B - kaup balik menggunakan senduk
  5. Masukkan kedalam loyang tanpa diglis
  6. Bakar pada suhu 175-180C selama 40 minit atau sehingga masak.


CARA NAK BUAT KEK AISKRIM

  1. isikan aiskrim ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik wrap...ratakan dan ikut ketebalan yg kita nak...
  2. set kan dalam peti semalaman
  3. sediakan adunan kek dan sejukkan...
  4. potong bentuk bulat utk dasar kek ikut saiz loyang yg kita guna,,,pastikan guna loyang springfom tu ye...
  5. letakkan kek atas papan kek
  6. keluarkan aiskrim yang dah keras tadi buangkan plastik dan letak atas kek tadi
  7. ratakan keliling aiskrim dengan kek bagi rata dan xnampak bahagian yang bertindih tu..ratakan dengan pisau pelepa agar aiskrim tu sama rata..
  8. letak balik dalam peti 2- 3 jam
  9. putar fresh cream hingga kental
  10. keluarkan kek td dan sapukan dengan fresh cream...buat cepat2 dan kemas...jika nampak kek dah agak lembik semasa meratakan cream...masuk dalam peti dulu kejap...bila dah keras semula boleh keluarkan dan ratakan semula cream tadi...hias la ikut suka..let letak filling di atasnya dan tabur buah2 ke...








No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi