Monday, October 19, 2015

NASI ARAB KAMBING SIMPLE


Assalamualaikum...oklah ri ni nak tayang nasi arab simple yg aku buat....xdelah terer sangat tp ni la resepi termudah dah sedap gak la yg selalu aku guna....biasa orang masak nasi arab guna pes yang siap atau rempah nasi arab...dari segi rasa of course la berbeza tp dua2pon sedap..hihi yg penting mudah n cepat siap

Rempah nasi arab ada banyak jual kat pasaraya...yg siap dalam kotak sekali dengan beraspon ada...tinggal rajin ke x je nak buat kan...aku ni kebetulan memang afe banyak lagi stok rempah soto serbaguna tok mak ni..tu yg guna rempah tu...basic rempah tu sama je...rempah ni aku beli online kat fb tok mak...yg glamer dgn puding raja kt pekan tu....rempah ni aku guna dalam pelbagai masakan dan memang sedaplah....xcaye try la cuba...1 pack tu tahan lama...

Rempahnyapon tahan lama...wangi je waktu tumis tu...nak perap kambingpon aku guna rempah ni....namapon serbaguna kan....buat rendangpon sodap hehe....

Oklah berbalik dengan nasi ni...aku buat cam biasa je macam nak masak nasi bewarna yg lain jugak cumanya ada tambah rempah soto ni dan juga sedikit rempah serbuk beriyani...akubjustbletak air biasa xde air stok...nasi ni xmuak sebab xde letak susu cair...xde letak yogurt ke...rempahpon xbanyak sangat..nice2 je

Tumis bawang dah rempah 4 sekawan hingga garing

rempah soto serbaguna yg aku guna tu...

Tambahkan rempah soto serbaguna dan rempah beriyani

Masukkan garam dan beras

Tambah air biasa atau stok

Nasi yg dah siap masak letak la kaler2 kalau suka

Kambing yg nak dibakar

Kambing dah siap

Nasi lawan dengan acar mentah


Oklah terus pd resepi n cara2 aku buat ye...

BAHAN-BAHAN:
3pot beras basmathi ~cuci dan rendam sekejap
Rempah 4 sekawan~aku guna serba 3 setiap rempah tu
3 helai daun pandan~kerat2 qtau simpulkan
4ulas bawang merah rose~hiriskan
3ulas bawang putih~hiris
1 inci halia~hiris
1sb rempah beriyani
1sb rempah soto serbaguna tok mak
Garam secukupnya
Pati kiub ayam~optional sikit je
Serbuk lada hitam ajishio~optional
Air biasa atau stok~4 pot..ikut sukatan beras anda ye
Pewarna

CARA MASAK:
1. tumis rempah 4 sekawan dan bawang serta halia hingga garing
2. Masukkan rempah serbuk dan tumis lagi
3. Masukkan daun pandan dan beras kacau sebati
4. Masukkan stok arau air...masak lah nasi macam biasa
5. Bila nasi dah kering titik kan pewarna dan buat lubang di tengah nasi
6. Bentukkan aluminium foil bentuk gelas pendek...tuang sedikit minyak dlm tu...dan letak atas nasi td
7. bakar seketul arang hingga menyala dan cepat2 letak dlm minyak td dan tutup tuding periuk...biar asap memenuhi nasi...tujuan letak arang tu nak bangkitkan aroma nasi...bila api dah padam...bakar semula arang dan buat lagi step td...lepas tu boleh alihkan arang dah gemburlan nasi perlahan2...sedia di hidang

UTK KAMBING
kambing secukupnya peraplah dengan sedikit sos tiram..kicap..gula..garam...serbuk kunyit...lada hitam tumbuk...2 ulas bawang putih tumbuk...1 inci halia tumbuk....madu...rempah beriyani...rempah soto....lada sulah...sukatan agak2 je ikuy banyak daging kambing.... perap semalaman pin xpe pas tu bakat dlm prmanggang ajaib je.... sebelum susun daging kambing tu bawah tu taburkan bawang holland hiris dan lemon yg dihiris...susun daging dan sedia di bakar hingga daging kambing garing...


1 comment:

  1. tak penah masak nasi arab selalu makan kat kedai je...tapi tu la kalau makan kat kedai tu mahal le sikit lagi2 kalau daging kambing...lain kali mesti kene cuba masak sendiri jugak

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi