Tuesday, December 10, 2013

PAVLOVA idaman



Banyaknyer projek...hihi actually pavlova ni yang hari tu....beselah aku pasti nak cuba buat sendiri walaupun orang dah ramai mencubanya....lambat2pon aku nak cuba juga....buat sendiri dengan makan yang orang buat lain feel dia kan..hihi

Aku buat isi dalam paper cup...senang nak ngap....dessert ni oklah sedap...manis....lembut....sesuai la makan sekali sekala....cuma silap la aku guna cream segera....hihi kat sini susah nk cari whipping cream...kalau adapun kotak besar..mak aii dah la mahal...xtahan lama kalau sikit je guna yang balance tu xke membazir nanti...pakai yang dalam botol tu ok je...sedap tu sedap tapi xtahan sangat..mudah cair so kalau nak makan baru picitkan cream dan susun buah...so nak bagi kat orang xsesuai sebab kejap je dah cair..kalau buat dalam papercup xpe la lagi...cair kat dalam tu je...kalau x mesti meleleh2 je kan...xcomey la....



Ready nak bakar..comot la..

Yang ni dah siap bakar

Dah siap isi cream dan susun buah...

Sape2 yang suka boley try....not bad orang kata..resepi ley tengok disini dan juga disini
Nak kata mudah...xmudah jugak...tapi boley la buat bagi beginner cam aku ni....

Satu je nak try buat macam orang buat...xcomey sangat
Oklah resepi seperti di bawah ye...

BAHAN-BAHAN:
4 biji putih telur
3/4 cawan gula castor~aku kurangkan jadi 1/2cawan je
1sb cuka makan
1sb tepung jagung
1sb esen vanilla
1/2cawan whipping cream
Buah2 yang nasam ikut suka

CARA:

  1. Pukul putih telur hingga berbuih
  2. Masukkan gula castor sikit2 dan pukul hingga kental iaitu jija terbalikkan xjatuh
  3. Masukkan cuka dan tepung jagung
  4. Letakkan atas baking paper atau paper cup..
  5. Kalau guna baking paper buat bulatan dalam 6" dan penuhkan ruang bulatan dengan adunan...biar tinggi sikit xpe
  6. Bakar dalam 1 jam duhu 150°c
  7. Dah masak bila permukaannya petang2 dan retak2 cket...biar dalam oven yg pintunya direnggangkan hingga sejuk
  8. Dah sejuk boley hias
UNTUK HIASAN:
whipping cream dipukul hingga kental...kemudian disapu atas pavlova yang dah sejuk tadi...isi banyak2pon xpe..pas tu campak kan buah2 yg ada ikut suka...letak dlm peti ais dulu baru sedap makan 





No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi