Saturday, November 23, 2013

RENDANG AYAM CILI PADI MUDAH

Rendang ayam done
Sebenarnya dah lama teringin nk makan pulut kuning...xpenah buat sendiri dan sejujurnya xpandai nk masak pulut ni..selalu intai2 resepi tp takut nk mencuba...malam ni tergerak nk cuba sebab hubby request nk makan rendang dgn pulut tp xmo pulut biasa...nk pulut kuning katanyerrrr....tadi dah rendam besok la baru ley kukus....

Malam ni cuma menyiapkan rendang ayam cili padi yang xberapa nk pedas tu....rendang ni adalah resepi yg paling mudah dan cepat utk disediakan...bagi yg xsuka dengan rasa rempah..rendang mcm ni adalah yg paling sesuai...

My family memang suka buat rendang macam ni sebab diorang xsuka rempah ni sangat...tapi family my hubby masak rendang xsuka macam ni..diorang selalunya suka buat yang gunakan rempah 4 sekawan tu dan isi daun limau purut...emm biasalah setiap org xsama kan...semua2pon sedap je bila makan...

Bagi yg baru nk pandai or belajar masak macam aku ni..better try yang simple2 dulu...bila dah teror baru try yg lebih renyah hihi...bagus kalau ada perkongsian ilmu ni...aku hargai sangat2 blog masakan yg memaparkan cara n resepi setiap masakan ni...even masak yg nampak mudah tapi bagi aku xsalah nk share sebab dlm hidup ni xsume org pandai masak...(aku le tu)ye la kdg2 org nyampah gak..masak mee gorengpon nk tulis resepi...emm bagi aku itu adalah ilmu..nk amek ke x belakang kira yg penting keikhlasan...mana tau ada org yg memang betul2 xreti nk masak mee goreng boley la jadikan ianya sebagai rujukan....

Oklah ngarut panjang pulak...mana la nk setanding org yg rajin ke dapur dgn aku yg sekali sekala mengasap dapur kan..hihi apapon yg penting kita semua ikhlas to share....anything...everything.....
Campak je semua sekali xperlu tumis2
Gaul sebati dan bagi air ayam kuar
Dah ditambah santan

Da siap

Kat sini aku tulis la cara2 masak rendang ni....mungkin resepi kita sama tapi kadang2 cara berbeza...juga mungkin rasa lain2 sebab air tangan kan...

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam dipotong dan dibersihkan
4 biji bawang besar*
4 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih
1 1/2inci halia*
1inci lengkuas*
2 inci kunyit hidup*
5 batang serai*
Segenggam cili padi~ikut suka nk pedas mana*
3-4 sb cili kering kisar
2 keping asam gelugur
1 1/2cawan santan pekat
1/2 cawan kerisik
1 helai daun kunyit~hiris halus
Garam secukupnya

CARA:

  1. Kisar bahan bertanda * 
  2. Masukkan ayam dan bahan kisar tadi bersama cili kering dan asam keping..kacau sekali sekala bagi sebati
  3. Biarkan air ayam keluar dan ayam sedikit kecut dan kuah kering sedikit..guna api kecil
  4. Masukkan santan dan garam dan biarkan mereneh hingga kuah surut sedikit
  5. Masukkan kerisik dan daun kunyit..perasakan garam dan masak hingga kuah kering atau jika suka berkuah biarkan hingga pekat boley di angkat.
Selamat mencuba buat mereka yg ingin mencuba...






1 comment:

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi MeLaWaT bLoG iNi